Motosikal

BMW R 1300 GS ADVENTURE DIUMUMKAN – TANGKI 31L, 145HP

Seperti jangkaan, BMW Motorrad memperkenalkan BMW R 1300 GS Adventure generasi terbaru yang bakal menembusi pasaran global tidak lama lagi. 

BMW R1300GSA merupakan pengganti kepada R1250GSA yang merupakan model paling popular sebelum ini. Seperti generasi terdahulu sehinggalah R1150GSA keluaran 2001, GSA bererti tangki lebih besar dan tampil lebih ‘rugged’ berbanding R 1300 GS. 

Meskipun begitu, R 1300 GS Adventure masih dikuasakan enjin 1300cc serba baharu yang terdapat pada varian R 1300 GS dan menawarkan 145hp dan 150Nm. 

Bagaimanapun, perbezaan utama GSA dengan GS standard adalah kehadiran tangki aluminium 31L berbanding 19L. Menariknya, reka bentuk tangki itu turut mencetuskan pelbagai reaksi hingga ada yang kaitkan dengan mainan LEGO. 

R1300GSA juga hadir dengan penghadang angin sisi yang didatangkan secara standard serta rim ‘crosspoke’. Selain lebih lebar, R1300GSA ini juga 20mm lebih tinggi berbanding R1300GS dengan jarak gerak spring diletakkan pada 210mm depan dan 220mm belakang. 

BMW R 1300 GS Adventure ini juga merupakan motosikal BMW pertama yang dilengkapi dengan Automated Shift Assistant (ASA) yang menawarkan operasi tanpa klac. 

Antara ciri lain yang dikekalkan dari R1300GS termasuk

  • lampu matrix LED 
  • BMW Dynamic Cruise Control
  • skrin TFT 6.5-inci 
  • grip pemanas
  • 4-mod menunggang

Dalam pada itu, BMW mendakwa berat R1300GSA diletakkan pada 269kg dengan ketinggian tempat duduk boleh diselaraskan dari 870mm kepada 890mm. 

Bagi pasaran Britain, BMW R 1300 GS Adventure ini dijual dengan harga GBP21,300 (RM128k) bagi varian perdana.

GALERI: BMW R 1300 GS ADVENTURE 

Google ads
Back to top button