Buletin

TIMBALAN MENTERI, EXCO PERAK DAN 13 YANG LAIN DIDENDA RM1,000 INGKAR PKP

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik, Perak hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut dikenakan denda yang sama ialah Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Perak, Razman Zakaria serta 13 yang lain.

Mereka semua didakwa melanggar PKP kerana menghadiri satu majlis makan tengah hari dua minggu lalu.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengenakan denda itu selepas semua tertuduh mengaku salah. Mereka semua membayar denda tersebut. – BERNAMA

Google ads
Back to top button