Buletin

INGKAR PKP, ENAM BERANAK PERGI SUPERMARKET DIKOMPAUN BERJEMAAH RM6,000

Enam sekeluarga dikenakan kompaun sebanyak RM6,000 kerana didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila pergi membeli-belah di sebuah supermarket di Sabak Bernam, Selangor.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Agus Salim Mohd Alias memberitahu ahli keluarga yang berusia 19 hingga 48 tahun itu ditahan pada jam 12.45 tengah hari, semalam.

Antara kesalahan yang mereka lakukan ialah melanggar arahan PKP, masuk ke dalam supermarket secara berkumpulan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. 

“Mereka semua dikompaun mengikut Peraturan 11, Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020,” kata Agus.  

Agus menyatakan bahawa mereka diberikan tempoh dua minggu untuk menjelaskan denda dari tempoh dikompaun. 

Beliau juga menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan PKP. Ini kerana pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang ingkar. – NST  

Tags
Google ads
Back to top button