Motosikal

KEEWAY PERTARUH SKUTER SIXTIES 300I DAN VIESTE 300 DI PASARAN INDIA. HARGA SEUNIT BERMULA RM16,000

Pembikin skuter Eropah milik China, Keeway melancarkan dua model skuter baharu di pasaran India.

Kedua-dua model berkenaan merupakan Sixties 300i dan Vieste 300 menyasarkan menembusi pasaran skuter yang cukup popular di negara terbabit.

Bahkan, ia kini dikuasai skuter maxi yang menampilkan ciri-ciri seperti touring dan gaya retro ala-ala Vespa GTS.

Model Keeway Sixties 300i merupakan skuter bertemakan retro paling berkuasa syarikat berkenaan.

Ia didatangkan rekaan vintaj dengan gaya unik dengan mendapat khidmat enjin 278.2 cc satu silinder yang mampu menjana kuasa 19 hp.

Sixties 300i ditawarkan pada harga bermula AS$3,855 (RM16,868) tetapi dikatakan agak mahal untuk pasaran India.

Dalam pada itu, Vieste 300 pula menampilkan gaya rekaan lebih moden turut didatangkan pada harga AS$3,855 (RM16,868).

Syarikat berkenaan mula menerima tempahan dan dijangka penghantaran akan dilakukan pada bulan hadapan.

Keeway turut menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama dua tahun untuk menarik lebih banyak jualan. – rideapart

Google ads
Back to top button