Buletin

TOYOTA BAKAL LABUR RM7.95 BILION UNTUK BANGUNKAN KERETA HIBRID DI INDONESIA

Toyota Motor Corp. dilapor akan melabur sebanyak ¥210 billion (RM7.85 biilon) sehingga tahun 2023 di Indonesia untuk membangunkan kereta elektrik, bermula dengan kenderaan hibrid. 

Rancangan pelaburan di salah satu pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara itu juga dilihat bertujuan menyiapkan para pengeluar kenderaan Jepun untuk pertumbuhan masa depan dari segi permintaan terhadap kenderaan elektrik sepenuhnya. 

Presiden Toyota, Akio Toyoda menjelaskan perancangan pelaburan itu kepada sekumpulan pegawai kerajaan Indonesia awal minggu lalu. “Memandangkan kerajaan Indonesia sudah mempunyai pelan pembangunan kereta elektrik yang jelas, Toyota melihat Indonesia sebagai destinasi pelaburan EV yang utama,” jelas Toyoda.

Pada tahun 2018, Toyota menghasilkan kira-kira 200,000 unit kenderaan di Indonesia. 

Terdahulu, Toyota menyatakan ia menetapkan sasaran untuk menjual 5.5 juta unit kenderaan elektrik dan kereta mesra alam menjelang tahun 2025. 

Pengumuman itu dibuat selepas Toyota memberitahu ia mahu 50 peratus jualan globalnya terdiri daripada EV dan kenderaan yang menggunakan teknologi sel bahan api, lima tahun lebih awal berbanding pelan asalnya. 

Bagi merealisasikan hasrat itu, Toyota akan bekerjasama dengan pengeluar bateri dari China. 

Biarpun begitu, penganalisis agak curiga secepat mana cita-cita EV Indonesia ini boleh direalisasikan kerana sebahagian projek bateri lithium memerlukan teknologi melebur nikel yang rumit. 

Tags
Google ads
Back to top button