Buletin

TOYOTA PERKENAL EV PERTAMA. C-HR & IZOA BAKAL DIJUAL MULAI 2020

Kalau diikutkan, Toyota memang agak ketinggalan dalam menawarkan kereta eelektrik (EV) kepada pengguna. 

Berbeza dengan pesaingnya dari Jepun seperti Nissan yang melancarkan EV LEAF pada tahun 2010, Toyota dilihat mengambil pendekatan selamat.

Sebaliknya, ia menjadi perintis model hibrid pertama di dunia menerusi model Prius pada tahun 1997. 

Elektrifikasi boleh bermaksud jentera yang dipasang dengan sistem hibrid, plug-in hybrid, sel bahan api hidrogen atau motor elektrik sepenuhnya. 

Terdahulu, seorang eksekutif kanan Toyota mengakui bahawa mereka tidak mempunyai sebarang model EV buat masa sekarang. “Tetapi kami memiliki teknologi yang perlu untuk menghasilkan sebuah EV secara serta-merta apabila tiba masanya,” katanya. 

Toyota dikatakan sedang menilai penerimaan pasaran terhadap EV, pada masa yang sama rancak menjalankan proses elektrifikasi model-model keluarannya. Tugasan itu dijangkan dapat disempurnakan menjelang tahun 2025. 

Toyota akhirnya memperkenalkan EV pertama pada acara Shanghai Motor Show 2019 dalam bentuk sebuah C-HR dan model model konsep crossover IZOA. Secara teknikalnya, C-HR EV dan IZO ialah kereta yang sama, cuma ia dibangunkan oleh syarikat berbeza. 

Kenapa ada dua nama pula? Ini kerana Toyota mempunyai beberapa syarikat kerjasama di China seperti dengan GAC (C-HR) dan FAW bertanggungjawab menghasilkan IZOA.  

Tahun 2020 bakal menyaksikan Toyota menawarkan 10 buah EV baharu ke pasaran global. Ia juga mensasarkan untuk menjual 5.5 juta unit kenderaan elektrik (hibrid, EV dan sebagainya) menjelang tahun tahun 2030. 

Tags
Google ads
Back to top button