Buletin

TOYOTA C-HR BAHARU MASUK AUSTRALIA PADA 2024, HIBRID SAHAJA!

Gambaran awal Toyota C-HR baharu sudah boleh dilihat melalui model konsep C-HR Prologue. Sama seperti generasi pertama, C-HR baharu mengekalkan reka bentuk agresif dan wajah depan selari dengan siri bZ Toyota.

Bagaimana pula dengan rangkaian kuasa pada era elektrifikasi sekarang ini?

Toyota Australia mengesahkan C-HR baharu bakal dibawa masuk ke sana pada setengah tahun pertama 2024 dan hanya ditawarkan dalam versi hibrid.

2020 Toyota C-HR Koba Hybrid – Australia

Bukan sahaja di Australia, di peringkat global C-HR baharu juga hanya ditawarkan dalam versi hibrid dan tambahan hibrid plug-in.

Keputusan di Australia selaras dengan komitmen Toyota yang mahu mengurangkan jejak karbon kenderaan keluarannya selain cerminan kepada peningkatan permintaan pelanggan untuk kenderaan hibrid.

Pada tahun lalu, sebanyak 72,815 unit kenderaan elektrifikasi Toyota dijual di Australia dan mewakili 31.5 peratus daripada jualan keseluruhan.

Toyota Australia sebelum ini menjangkakan untuk kenderaan elektrifikasi mewakili lebih 50 peratus jualan keseluruhan menjelang 2025 dan satu angka yang boleh dicapai melihat kepada prestasi jualan 2022.

Perjalanan C-HR dengan enjin hibrid bermula pada generasi pertama lagi. Di Australia C-HR ditawarkan dengan enjin 1.8 liter hibrid, transmisi auto CVT tujuh kelajuan dan pacuan dua roda.

Satu lagi pilihan ialah enjin 1.2L turbo dengan transmisi auto CVT tujuh kelajuan dan padanan pacuan dua roda atau semua roda.

Pelanggan di Eropah pula mempunyai pilihan enjin 2.0L Hybrid Dynamic Force dan 1.8L Hybrid Dynamic Force.

Pengenalan C-HR baharu juga bermakna enjin turbo untuk C-HR bakal berada dalam lipatan sejarah.

BACA: PADA 2019 TOYOTA C-HR GR SPORT DIPERKENAL DI JEPUN, 1.2L TURBO MANUAL DAN 1.8L HIBRID!

BACA: PADA 2008 TOYOTA ALPHARD DIPISAH 2, JADI VELLFIRE SAMPAI SEKARANG

BACA: PADA 1994 TOYOTA RAV4 DIPERKENAL, SAIZ TAK SAMPAI 4 METER PUN!

Kredit foto C-HR: Toyota Australia

Google ads
Back to top button