Buletin

TOYOTA COROLLA GR SPORT 2020 – NAIK TARAF KOSMETIK GAZOO RACING

Toyota baru-baru ini memperkenalkan model Corolla GR Sport 2020, sedikit awal sebelum ia melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2019 akhir bulan ini.

Disifatkan sebagai varian lebih sporty yang disuntik dengan DNA Toyota Gazoo Racing, pakej gayaan GR Sport itu bakal ditawarkan pada model Corolla sedan dan hatchback dengan enjin enjin 1.8 liter serta 2.0L hibrid.

Perubahan kosmetik pada bahagian luaran GR Sport melibatkan bahagian hadapan dengan gril krom berwarna hitam, lampu kabus dan lampu utama LED. Ia juga dipasang dengan rim aloi bersaiz 18 inci, skirting sisi dan rocker panel.

Sementara bahagian belakang menerima peresap udara dan kaca yang digelapkan. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan penggunaan warna kelabu Dynamic Grey dua tona.

Ruang kabin menampilkan jahitan benang merah pada papan pemuka, tuil gear dan stereng. Tempat duduk pula boleh dinaik taraf dengan kemasan kulit.

Corolla GR Sport akan mula ditawarkan pada Januari 2020 di Eropah.

Google ads
Back to top button