Buletin

PERINCIAN TOYOTA GR YARIS JDM – KECIL CILI PADI!

Toyota GR Yaris adalah alternatif baik buat pengguna yang mahukan kereta berprestasi dalam pakej kecil. Ini bukan setakat model biasa kerana Toyota benar-benar menumpukan usaha bagi menjadikannya luar biasa.

Setelah dipertontonkan pada pameran Tokyo Auto Salon pada Januari 2020, GR Yaris memasuki pasaran dan dijual di serata Jepun bermula 4 September.

Apa yang istimewa mengenai GR Yaris? Banyak, di antaranya ia dibina sebagai kenderaan yang boleh dipandu oleh sesiapa mengikut cara tersendiri dengan tenang di pelbagai jalan di serata dunia.

Faktor itu disumbangkan oleh pengetahuan yang diperolehi daripada TOYOTA GAZOO Racing World Rally Team (WRT) termasuk bagaimana untuk menjadikan kereta yang kompetitif dalam WRC dan juga pengetahuan daripada penilaian oleh pemandu bukan profesional Toyota pada peringkat awal pembangunan.

Ini adalah kenderaan buatan dan mereka mengambil kira banyak faktor dalam membangunkan dan memasarkannya.

Satu lagi perkara menarik ialah, GR Yaris turut dibina berdasarkan kehendak Morizo (atau Presiden Toyota – Akio Toyoda) yang mahu mengembalikan kereta sport Toyota dan ia kenderaan Toyota pertama dibangunkan dengan konsep terbalik di mana kereta sukan permotoran ditukar kepada kereta produksi.

Berikut ialah ciri utama GR Yaris:

  • Pakej kereta dengan tumpuan pada aerodinamik, ringan dan ketegaran tinggi.
  • Kuasa tinggi daripada enjin yang baru dibangunkan – 1.6 turbo tiga silinder dengan pacuan GR FOUR iaitu sistem 4WD berprestasi yang juga baru dibangunkan.
  • Tiga model utama untuk pasaran Jepun; RZ (model asas), RS (seronok untuk dipandu) dan RC (dibangunkan untuk litar atau seumpamanya).

Selain itu, GR Yaris dipasang di jaluran pemasangan (production line) khas yang dibangunkan di kilang Motomachi di mana setiap model sport dikeluarkan dan dipasang oleh pekerja mahir (takumi).

Toyota tidak membangunkan GR Yaris untuk penggemar kuasa semata malah turut merangkumi pelanggan yang mahukan sesuatu lebih ringan.

Toyota GR Yaris RZ

  • Model berkuasa tinggi dengan pecutan berprestasi dan rasa putaran (revving) enjin. Turut ditawarkan ialah versi lebih berkuasa RZ High performance.
  • Enjin yang baru dibangunkan, kompak, ringan dan berkuasa tinggi G16E-GTS 1.6 liter turbo tiga silinder sebaris. Model RZ High performance mempunyai intercooler dengan fungsi semburan penyejukan.
  • Pacuan 4WD sport GR-FOUR dengan daya pemanduan berbeza depan dan belakang menggunakan cekam pelbagai plat Torsen® LSD – Standard untuk RZ High performance. 
  • Transmisi iMT (intelligent Manual Transmission) enam kelajuan manual.
  • Roda aluminium BBS forged dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S – Standard untuk RZ High performance. 

Toyota GR Yaris RS 

Toyota GR Yaris RS
  • Tidak hardcore seperti RZ, model yang dibina untuk sesiapa sahaja yang gemar memandu GR Yaris secara kasual.
  • Enjin M15A-FKS 1.5 liter tiga silinder sebaris Dynamic Force.
  • Transmisi Direct Shift-CVT dengan gear tambahan untuk mula memandu dan prestasi berkuasa dan responsif dari kelajuan rendah sehingga tinggi.
  • Padel penukar gear sequential shiftmatic sepuluh kelajuan untuk rasa seperti manual.
  • Penggunaan minyak rendah 18.2 km/L (mod WLTC) dan sesuai untuk digunakan setiap hari sama ada berprestasi atau pemanduan normal.

Toyota GR Yaris RC

Toyota GR Yaris RC
  • Model yang sesuai atau asas untuk dijadikan kereta lumba atau seumpamanya.
  • Diasaskan dari Yaris RZ dengan pelbagai komponen yang tidak perlu ditanggalkan.
  • Enjin G16E-GTS 1.6 liter turbo dengan pacuan 4WD sport GR FOUR.
  • Cakera brek saiz 16 inci supaya sesuai digunakan untuk tayar rali yang kecil.

Komponen tambahan GR PARTS

Buat pemilik yang mahu membezakan GR Yaris mereka, Toyota menawarkan GR PARTS seperti LSD mekanikal, spoiler bampar depan, skirt sisi dan pelbagai komponen pengendalian, luar dan dalam.

Berikut ialah perincian harga dan model Toyota GR Yaris pasaran Jepun:

Model Enjin Transmisi Pacuan Harga
JPY(RM)
RS

M15A-FKS (1.5 liter tiga silinder)

Direct Shift-CVT FF

2,650,000

(RM103,696)

RC G16E-GTS (1.6 liter tiga silinder turbo)

6 kelajuan manual transmission
(iMT)

4WD GR-FOUR sport

3,300,000

(RM129,130)

RZ

3,960,000

(RM154,957)

  High performance

4,560,000

(RM178,435)

BACA: BAGAIMANA BASF & TOYOTA BUAT? KERUSI SIENNA 30% LAGI RINGAN!

BACA: SISTEM TOYOTA INI ELAK SALAH TEKAN MINYAK DAN BERLANGGAR

BACA: PADA 1978, TOYOTA STARLET KP61 DIPERKENAL DI JEPUN (PACUAN BELAKANG)

Google ads
Back to top button