
TOYOTA GAZOO RACING COROLLA 8AT, BUKAN CILOK DARI CAMRY
Bagi menarik lebih ramai pembeli muda untuk kembali membeli kereta sport, Toyota akhirnya memperkenalkan transmisi automatik pada kereta sport mereka iaitu GR Corolla pada model 2025. Ini adalah kereta kedua GR yang ditawarkan dalam transmisi automatik selepas G Yaris.
Malah jika diteliti barisan model Toyota Gazoo Racing, semua model daripada GR 68, GR Yaris, GR Supra dan GR Corolla ditawarkan dalam 2 varian transmisi samaada manual 6 kelajuan ataupun automatik 6 atau 8 kelajuan. Semua transmisi automatik Toyota adalah daripada jenis automatik dengan torque converter dan bukannya CVT ataupun DSG/DCT.
Pada hemat Toyota Gazoo Racing, transmisi CVT tidak dapat menawarkan “snap” ataupun sentapan seperti transmisi dengan gear fizikal walaupun hampir semua model ekonomi Toyota menggunakan transmisi CVT

Bagi transmisi DSG/DCT pula, ia sebenarnya jauh lebih berat dan kompleks menjadikan bahagian depan kenderaan terlalu berat. Faktor berat ini menyebabkan transmisi ini gagal mengimbangi kelebihan penukaran gear yang pantas selain jauh lebih mahal untuk dihasilkan.
Malah Honda juga memberikan pandangan yang sama iaitu faktor berat berkenaan dengan DSG/DCT sewaktu pembangunan model Type R FL5. Namun berbeza dengan Honda, Toyota sanggup untuk membangunkan satu transmisi automatik 8 kelajuan serba baru untuk model GR Corolla
Walaupun cara paling mudah bagi Toyota ialah dengan mengambil transmisi 8 kelajuan yang digunakan oleh Toyota Camry 2023, namun Toyota menempuh jalan yang sukar bagi membangunkan semula transmisi ini bersama-sama anak syarikatnya iaitu Aisin

Dari segi luaran dan fizikal, ia adalah hampir sama kerana casing atau perumahnya menggunakan perumah yang sama dengan model Camry. Namun persamaannya berakhir di situ dengan Toyota membangunkan gear set, klac, torque converter dan juga set gear differential yang khusus untuk kegunaan GR Corolla
Jika anda biasa dengan pemanduan kereta automatik di Jepun, kebanyakan pemandu Jepun sukakan gear automatik kerana ia menawarkan pergerakan yang selesa dan lancar ketika melalui kesesakan jalan raya (creep mode)
Namun jika dipandu pada halaju yang tinggi, torque converter akan mengunci klac dengan pantas selepas penukaran gear bagi memberikan prestasi yang bagus dan penggunaan bahan api yang baik. Toyota juga meniru gear ratio 8 kelajuan GR Corolla dengan varian manual yang mengunakan keadah “closed ratio” pada 6 set gear pertama.

Untuk penggunaan bahan api yang baik, gear automatik “gear automatik 8 kelajuan mendapat 2 kaki tambahan bagi melangkah dengan lebih jauh” sewaktu pemanduan santai dengan pengenalan 2 gear gear over drive menjadikan gear automatik ini 8 kelajuan.
Menambah bilangan gear daripada 6 kepada 8 juga membenarkan penghantaran kuasa dan tork enjin yang lebih optimum kepada roda untuk perlumbaan. Malah pemanduan kasual di lebuh raya juga masih menawarkan “rasa” yang agresif disebabkan corak gear ratio yang pendek.
Toyota Gazoo Racing juga memasang Torsen Slip Differential di dalam transmisi ini secara terus menjadikan ciri ini adalah ciri standard bagi semua varian GR Corolla pada tahun 2025. Transmisi 8 AT dibangunkan di litar Fuji International Speedway dan diuji oleh pelumba litar dan rali yang sebenar untuk input dari dunia perlumbaan.

Perisian yang digunakan untuk mengawal Direct Automatic Transmission ini dikhususkan untuk pemanduan sporti dengan perisian akan mengesan input apabila pemandu menekan pedal brek ataupun pedal minyak sewaktu memandu
Dengan menggunakan 2 input ini, perisian DAT akan cuba menjangkakan samaada pemandu perlu menurun atau menaikkan gear bagi pecutan optimum, menggunakan gear yang sesuai dengan kehendak pemandu dan menawarkan corak penukaran gear yang sama seperti pelumba profesional
Gear DAT 8 kelajuan ini membenarkan pelumba atau pemandu memberi fokus kepada pecutan dan brek serta kawalan stering bagi membolehkan mencatatkan masa yang lebih pantas di litar lumba. Beberapa perubahan lain turut ditawarkan bagi menjadikan transmisi 8 DAT ini lebih lasak.

Bahagian bampar depan juga telah direka untuk memuatkan komponen penyejukan tambaan iaitu radiator khusus untuk penyejukan cecair Automatic Transmission Fluid. Ciri penyejukan tambahan ini membenarkan pemandu membelasah jentera GR Corolla di litar dengan lebih yakin

