Buletin

KAMI TIDAK BERUNDING DENGAN APPLE – NISSAN

Mengulas laporan media sebelum ini, Nissan Motor Co. Ltd. menyatakan bahawa ia tidak berunding dengan Apple Inc untuk menghasilkan kereta elektrik berautonomi. 

Menurut Financial Times, kedua-dua syarikat berkenaan sekadar mengadakan perbincangan ringkas yang kemudiannya terhenti kerana Nissan enggan menjadi pemasang kenderaan jenama Apple. Malah, perbincangan itu tidak sampai pun ke peringkat pengurusan kanan. 

“Kami tidak berunding dengan Apple. Namun, Nissan sentiasa terbuka untuk meneroka kerjasama demi memacu transformasi industri,” kata jurucakap Nissan. 

Perkembangan itu membuatkan membuatkan saham Nissan turun 3.7 peratus pada dagangan sesi petang semalam. 

Sebelum ini, Apple dikatakan sudah berunding dengan Hyundai untuk menghasilkan kereta pertamanya. Namun, kolaborasi tersebut tidak menjadi kenyataan selepas Hyundai bertindak menarik diri kerana didakwa tidak gemar dilayan sebagai pembekal kepada Apple. 

Penghasilan model kenderaan menerusi pihak pengilang peralatan original (OEM) bukanlah perkara asing dalam industri automotif. Tetapi industri ini tidak mempunyai pengilang kontrak seperti Foxconn Taiwan kepada industri elektronik. – Reuters

Google ads
Back to top button