Artikel Pilihan

TOYOTA GR86 TERIMA ENJIN 2JZ SEBAIK KELUAR DARI KEDAI – GILA TAK?

Penukaran enjin kereta ni memang biasa. Nak pulak kalau kereta tu dah dimakan usia dan enjinnya selalu meragam. Nak baiki rasa tak berbaloi jadi penyelesaiannya ialah dengan bertukar kepada enjin yang lebih baik. Satu lagi sebab lain ialah kerana enjin asal kurang berkuasa. Ye lah, mana tahan asyik kena potong dengan pakcik pandu Datsun buah kana tiap-tiap hari.

Kali ini lain pula kisahnya, Toyota GR86 ini merupakan kereta yang baharu sahaja keluar dari kedai. Tak sempat pun bawak gi jalan-jalan ke pasar malam. Ia terus dibawa ke bengkel dan enjin asalnya diganti dengan enjin lagenda Toyota, 2JZ. Gila kan?

Baharu sangat ke kereta ni? Untuk permulaan, meter perbatuan kereta ini baru sahaja menunjukkan angka empat. Baru empat batu berjalan kau.

Menurut pemiliknya, Jeff Woodruff, beliau memang ingin mendapatkan sebuah GR86 untuk kereta projek beliau tapi susah rupanya. Jadi beliau menempah sebuah GR86 baharu dan memberi arahan spesifik kepada eksekutif jualan supaya tidak memandu kereta ini. Punyalah baru kereta ini hinggakan nombor plet pun belum sempat ditampal.

Sebaik di bawa pulang, Jeff segera mengeluarkan enjin 2.4L Boxer asal GR86 ini dan digantikan dengan enjn 2JZ-GE yang diambil daripada Lexus IS 300 sedan. Terer mamat ni, sikit pun dia tak gunakan enjin asal tu.

Enjin 2JZ-GE yang digunakan adalah dalam keadaan standard dan tidak mendatangkan masalah untuk dipasang pada GR86 milik Jeff. Sedikit pelarasan terpaksa dilakukan untuk memuatkan sistem transmisi tapi ia bukannya satu masalah yang serius.

Kini GR86 ini menggunakan kotak gear Toyota W series manual yang diambil daripada Toyota Supra Mark IV.

Hasilnya GR86 ini kini mempunyai 500 hp kuasa kuda maksima walaupun dengan menggunakan petrol yang biasa diperolehi di stesen-stesen minyak.

Mungkin ini bukan GR86 pertama di dunia yang menggunakan enjin 2JZ tapi ini antara prosen penukaran enjin yang paking menarik. Kami pun tak sanggup nak gantikan enjin asal sebuah kereta baru dengan enjin lama dari kedai potong tapi itulah, mungkin mamaatni terlebih kaya kot.

Google ads
Back to top button