Buletin

TOYOTA GT86 EDISI KHAS – BRITISH RACING GREEN

Toyota Jepun semalam melancarkan satu lagi varian GT86 yang dikenali sebagai British Racing Green. Ia datang dengan warna British Racing Green yang berwarna hijau British Racing Green.

Sebelum anda buat-buat terperanjat melihat warna begini pada sebuah kereta Jepun dan bukannya British, kami juga ingin beritahu bahawa kereta ini turut mendapat beberapa peningkatan mekanikal.

Tidak seperti model 86 biasa dengan brek biasa, edisi British Racing Green ini didatangkan dengan sepasang brek Brembo di hadapan, penyeraphentak buatan SACHS, rim aloi “bronze’ 17 inci, serta spoiler baharu di bahagian hud belakang. 

Ia hanya untuk pasaran negara Jepun dan seperti mat-mat Kanjo selalu sebut – JDM.

Bahagian dalaman pula mendapat sentuhan baru menerusi warna dua tona tan dan hitam. Kemasan turut dibuat pada bahagian knob gear dan roda stereng salutan kulit dengan benang warna tan.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button