Buletin

LEXUS MALAYSIA LANCAR LS 500 – BERMULA RM799,000

Lexus Malaysia hari ini memperkenalkan model premium Lexus LS secara rasmi ke pasaran tempatan.

Sedan itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu LS 500 Luxury, LS 500 Executive dan LS 500h Executive dengan Lexus Hybrid Drive.

Didatangkan dalam 11 pilihan warna luaran dan 6 warna/trim untuk dalaman, harga Lexus LS yang menjadi saingan langsung kepada Mercedes Benz S-Class, Audi A8 dan BMW 7 Series itu adalah seperti berikut:

LS 500 Luxury RM799,000

LS 500 Executive RM999,000

LS 500h Executive dengan Lexus Hybrid Drive RM1,459,000

Mula diperkenalkan pada 1989, Lexus LS pada asal dikhususkan pasaran Amerika Syarikat, namun kini ia telah diperluaskan di lebih 90 buah negara. Sudah pun memasuki generasi kelima, Lexus LS diimport dari kilang Lexus di Tahara, Jepun.

Sebagai model flagship barisan Lexus, LS merupakan pendahulu dari segi teknologi dan menjadi penanda aras dalam kelasnya.

Lexus LS serba baharu diperkenalkan buat pertama kali pada acara Pameran Antarabangsa Auto Amerika Utara 2017. Ia menggunakan platform Global Architecture-Luxury (GA-L) yang turut dikongsi oleh model LC 500 Coupe.

Harus tau bahawa platform GA-L dibina untuk memberi tahap pengendalian lebih baik, pemanduan selesa dan ruang kabin yang senyap.

Melihat kepada penampilan luarannya, Lexus LS nyata garang. Jeriji unik di bahagian hadapan nampak sporty, ditambah pula dengan kedudukan yang lebih rendah.

Reka bentuk dalaman menggunakan falsafah ‘Yet’ yang menawarkan ruang mewah dan keselesaan optimum. LS ini juga menjadi model pertama Lexus yang mempunyai profil enam tingkap untuk memberi tahap penglihatan terbaik.

Rekaan dalaman ini menerima sentuhan budaya Jepun yang menggabungkan ciri tradisional dengan ciri teknik termaju.

Generasi kelima ini didatangkan dengan saiz enjin lebih kecil berbanding sebelumnya yang menggunakan enjin V8. Pemilihan enjin lebih kecil dibuat kerana ingin mendapatkan pengeluaran emisi lebih rendah, mesra alam dan cekap bahan api.

Enjin serba baharu 3.5-liter V6 itu dibangunkan khusus buat LS itu dipadankan dengan pengecas turbo berkembar hasil pembangunan teknologi perlumbaan F1.

Ia mampu menjana kuasa 415hp dan tork maksimum 600Nm, lebih tinggi berbanding janakuasa 4.6 liter V8 aspirasi natural.

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik 10 kelajuan yang turut dipakai pada LS 500. Kotak gear itu dipadankan dengan tork pengubah automatik.

Lexus LS dilengkapi sistem keselamatan Lexus Safety System+. Ia merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Pelepasan Lorong, Kawalan Kruise Adaptif, Sistem Lampu Tinggi Adaptif dan Bantuan Kekal Lorong. Tidak Ketinggalan, ciri sistem Monitor Pandangan Panorama dan Monitor Titik Buta, 12 beg udara serta tidak ketinggalan sensor khusus pada bahagian depan yang mengesan impak pejalan kaki.

GALERI

Google ads
Back to top button