Artikel Pilihan

TOYOTA HILUX MENANG RALI DAKAR 2022, KATEGORI KERETA

Edisi perlumbaan Rali Dakar yang ke 44 telah berakhir dengan beratus-ratus pelumba mengharungi perlumbaan mencabar sejauh 6500km menerusi padang pasir dalam 12 peringkat perlumbaan. 4000km daripada perlumbaan ini merangkumi sprecial stages dengan peringkat terakhir adalah sejauh 680km dari Bisha ke Jeddah, Arab Saudi

Jentera Gazoo Racing Toyota Hilux yang dipandu oleh Al Attiyah dan Baumel mendahului perlumbaan rali ini dengan 27 minit lebih pantas berbanding dengan Loeb dan Fabian dengan edisi perlumbaan kali ini diadakan di Arab Saudi merentasi padang pasir yang panas membahang

Toyota Hilux yang dipandu oleh Al Attiyah dan Baumel ini memenangi 3 peringkat daripada 12 peringkat dalam kategori Cars yang dipertandingkan iaitu di peringat 1A, 1B, dan 4 dengan menggunakan jentera GR DKR Hilux T1. Ia dikuasakan dengan enjin V6 3500cc turbo berkembar yang diambil daripada model Toyota Land Cruiser 300 GR Sport yang menghasilkan 400 kuasa kuda dan 660Nm tork

Disebabkan kuasa enjin sudah mencukupi, maka enjin ini digunakan dalam keadaan stok iaitu dalam keadaan asal termasuklah turbo dan intercooler melainkan kedudukan intercooler diubah sedikit agar sesuai bagi tujuan perlumbaan rali. Sistem penyerap hentak pula diubah daripada ketinggian 280mm kepada 350mm bagi memuatkan tayar bersaiz 37 inci dan lebar 320mm daripada Bf Goodrich

Bagi tujuan perlumbaan, suspensi belakang diubah agar menerima suspensi daripada jenis double wishbone sama seperti suspensi asal yang digunakan pada bahagian depan. Unit transmisi pula menggunakan komponen Sadev 6 kelajuan Sequential Shift, Limited Slip Differential, klac seramic berkembar bersaiz 215mm serta tangki bahan api 540 liter

Google ads
Back to top button