
YAMAHA INDONESIA LANCAR FAZZIO HYBRID-CONNECTED. SISTEM BLUE CORE HYBRID,HARGA BERMULA RM6,340
Yamaha Indonesia melancarkan skuter terbaharu Fazzio Hybrid-Connected yang menampilkan konsep Classy Yamaha.
Skuter terbaharu itu didatangkan dengan dua varian iaitu Fazzio Hybrid- Connected Lux dan Yamaha Fazzio Hybrid-Connected NEO.
Fazzio Hybrid- Connected Lux ditawarkan pada harga bermula Rp22 juta (RM6,430) manakala Fazzio Hybrid-Connected NEO pula Rp21.7 juta (RM6,340).

Varian Lux hadir dengan dua warna premium Lux MatteBlack dan Lux Prestige Silver.
Bagi Neo pula, ia didatangkan dengan empat warna pilihan Neo Cyan, Neo Red, Neo Beige, dan Neo Black.

Fazzio Hybrid- Connected menampilkan gabungan moden dan ala klasik yang dipadankan ciri-ciri terkini sesuai dengan golongan muda hari ini.
Skuter terbaharu itu dilengkapi lampu utama LED berbentuk bulat dan speedometer digital.
Ia hadir dengan tempat duduk yang cukup selesa pada ketinggian 750mm dan tangka bahan api berkapasiti tangka 5.1 liter.

Bahkan, skuter serba baharu itu memilikiruang simpanan bawah tempat duduk dengan kapasiti 17.8 liter dan papan lantai agak luas untuk keselesaan kaki.
Fazzio Hybrid- Connected mendapat khidmat enjin empat lejang 124.86 cc dipadankan teknologi suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa 8.3 hp @ 6,500 rpm dan tork 10.6 Nm @ 4,500 rpm dengan transmisi automatik.

Selain itu, Fazzio Hybrid- Connected didatangkan teknologi Blue Core Hybrid generasi baharu yang memiliki dua sumber tenaga dihasilkan daripada jentera dan tenaga Electric Power Assist Start.
Skuter seberat 95 kg tersebut turut dilengkapi ciri One Push Start yang merupakan sistem menghidupkan enjin dengan menekan butang sahaja.

Tidak ketinggalan, skuter ala klasik moden itu mendapat ciri Y-Connect yang berupaya memberi notifikasi telefon, lokasi parkir, penggunaan bahan api dan banyak lagi.
Fazzio Hybrid- Connected dijangka mampu menarik pasaran golongan muda di Indonesia dengan rekaan dan warna menarik ditonjolkan skuter terbabit. – otosia/yamahaindonesia
- BACA: SAYA SANGAT GEMBIRA. PERLU RAHSIAKAN DULU PEMBERI YAMAHA XJ6S -ABANG VIVA
- BACA: YAMAHA BAKAL LANCAR FJR1300 20TH ANNIVERSARY EDITION DI PASARAN JEPUN
- BACA: YAMAHA R1 GYTR SPECIAL EDITION JADI HADIAH PERPISAHAN VALENTINO ROSSI
- BACA: YAMAHA MT-09 2021 KINI DI MALAYSIA. ENJIN BAHARU, 2 PILIHAN WARNA, BERMULA RM54,988