
MITSUBISHI PAJERO SPORT GSR 2022 MASUK PASARAN AUSTRALIA
Mitsubishi Australia menambah barisan model Pajero Sport 2022 dengan pengenalan GSR yang didatangkan dengan tujuh tempat duduk.
GSR terbaharu itu ditawarkan pada harga bermula AS$43,782 (RM183,315) dengan sentuhan warna hitam (Black Mica) dan putih (White Diamond).
Ia dilengkapi rim aloi 18 inci berwarna hitam, bampar hadapan dan belakang lebih menarik, aksen luaran serta dalaman berwarna hitam.

Selain itu, warna hitam turut mewarnai bahagaian bampar hadapan dan belakang, gril radiator dan bumbung.
Ruang dalaman pula, GSR menampilkan tempat duduk tiga barisan dengan bahagian belakang boleh dilipat untuk memberi pilihan kepada pengguna.
Model terbaharu itu mendapat khidmat enjin diesel 2.4 liter turbo sistem pacuan empat roda Mitsubishi Super Select II.

Ia mampu menjana kuasa 174 hp dan tork 430 Nm dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan.
Ciri-cir lain termasuk Forward Collision Mitigation, Kawalan Cruise Adaptif, Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan suhu dan skrin sentuh 8 inci.
Selain GSR, pengeluar Jepun itu turut memperkenalkan dua varian pacuan dua roda baharu dinamakan GLX dan GLS di pasaran Australia.
Varian GLX 2WD ditawarkan pada harga bermula AS$31,600 (RM132,309) –carscoops
- BACA: AUSTRALIA TAWAR MITSUBISHI PAJERO FINAL EDITION 2022. BERAKHIR SUDAH HAYAT SUV IKONIK JEPUN INI
- BACA: MITSUBISHI PAJERO SPORT FACELIFT 2019 DI THAILAND – WAJAH DYNAMIC SHIELD, BERMULA RM171K
- BACA: 3 JUARA PARIS-DAKAR DITEMUKAN KEMBALI DENGAN MITSUBISHI PAJERO MEREKA (+VIDEO)
- BACA: EVOLUSI MITSUBISHI PAJERO – 4X4 IKONIK DARI GARIS MASA SILAM