Buletin

TOYOTA LANCAR COROLLA CROSS 25 MAC 2021. NAK LAWAN HONDA HR-V

UMW Toyota hari ini mengesahkan bahawa ia akan melancarkan SUV terbaharu, Corolla Cross ke pasaran tempatan pada 25 Mac depan. 

Perkara itu diumumkan di laman Facebook Toyota Malaysia, lengkap bersama countdown di laman web rasminya, toyota.com.my 

Corolla Cross menjadi SUV penting Toyota selepas RAV4 yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu. Dijangka ditawarkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) terlebih dahulu, Corolla Cross bakal menggantikan C-HR yang  tidak lagi ditawarkan. 

Walaupun bakal bersaing dengan model-model seperti Honda HRV dan Mazda CX-3, jentera berkenaan dibangunkan di atas pltform TNGA-C yang turut digunakan oleh model Toyota Corolla, C-HR dan Prius. 

Di pasaran Thailand, Corolla Cross dipasang dengan enjin aspirasi biasa bersesaran 1.8 liter yang mampu menjana 140PS dan tork 177Nm. Pelanggan di sana juga ada ditawarkan dengan varian hibrid yang menggunakan  enjin 2ZR-FXE (98 PS/142 Nm) yang dipadankan motor elektrik (72 PS/163Nm) untuk menghasilkan output penuh 122PS. 

Enjin NA dipadankan dengan kotak gear CVT-i. Sementara rangkaian kuasa hibrid pula didatangkan dengan transmisi CVT elektrik. Gabungan tersebut membolehkan Corolla Cros mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.5/100km bagi model NA dan 4.3l/100 untuk varian hibrid. 

Bagi pasaran tempatan, besar kemungkinan kita akan menerima enjin NA dan tidak mustahil varian hibrid menyusul kemudian. 

Kita tunggu sahajalah..  

Google ads
Back to top button