Buletin

PEMANDU VW TOURAN MABUK LANGGAR JET TEMPUR MiG 29. INI BARU GILA!!!

Satu kemalangan agak pelik berlaku di Pangkalan Udara Vasylkiv berdekatan Kiev, Ukraine melibatkan sebuah Volkswagen Touran merempuh jet tempur MiG 29 sehingga terbakar.

Dalam kejadian awal minggu lalu, jet tempur MiG 29 tersebut hangus dan total loss.

Menurut laporan rasmi kemalangan, individu terlibat merupakan anggota tentera udara Ukraine yang dikatakan memandu kenderaan peribadinya, Volkswagen Touran dalam pengaruh alkohol ke kawasan lapangan terbang.

Lelaki terbabit merempuh bahagian belakang jet ketika ia sedang ditunda memasuki kawasan hangar sehingga mengakibatkan kebakaran.

Walaupun, langkah diambil dengan pantas tetapi jet berkenaan mengalami kerosakan yang teruk.

Pemandu Volkswagen Touran mengalami kecederaan pada bahagian dada dan muka serta berada dalam keadaan stabil manakala tiada juruterbang di dalam jet tersebut.

Dua kertas siasatan dibuka masing-masing melibatkan pihak Tentera Udara, termasuk siasatan jenayah selepas mendapati anggota itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pesawat yang turut dipanggilFulcrumitu dibangunkan syarikat Mikoyan sejak 1970-an dengan menggunakan enjin kembar.

Tentera Udara Ukraine memiliki 35 buah unit jet MiG 29. Ia dianggarkan bernilai AS$5 juta (RM20 juta) manakala jet MiG 29 baharu menelan belanja AS$20 juta (RM80 juta). – autoevolution

Google ads
Back to top button