Buletin

TOYOTA LANCAR COROLLA CROSS DI INDONESIA. DUA VARIAN JADI PILIHAN. HARGA BERMULA RM132K

Toyota Astra Motor melancarkan model SUV kompak terbaharu Corolla Cross di pasaran Indonesia dengan menampilkan rekaan elegan dan moden.

Corolla Cross merupakan keluarga terbaharu SUV Toyota hadir dengan dua varian iaitu Corolla Cross 1.8 petrol dan Corolla Cross Hybrid Electric Vehicle (HEV).

SUV berkapasiti lima penumpang terbaharu ini memiliki ukuran panjang 4.460mm, lebar 1.825mm dan ketinggian 1.620mm.

Kabin dalaman lebih luas antara tempat duduk baris pertama dan kedua termasuk ruang meletak tangan penumpang memberi keselesaan kepada pemanduan serta penumpang.

Corolla Cross menggunakan platform Toyota New Global Architecture C-segment (TNGA-C). Model standard mendapat khidmat enjin 1.8 liter 2ZR-FE yang mampu menghasilkan 140PS dan 169Nm.

Bagi Corolla Cross Hybrid pula, jentera baharu ini dilengkapi enjin 2ZR-FXE (98PS/142Nm) yang dibantu dengan motor elektrik (72hp/163Nm).

Selain itu, sistem keselamatan menjadi keutamaan Toyota dalam pembangunan jentera terbaharu ini.

Antara ciri keselamatan yang didatangkan bersama Corolla Cross termasuk ABS+EBD, tali pinggang keselamatan 3 point, tujuh beg udara keselamatan, Hill Start Assist (HSA), Emergency Brake Signal (EBS), Vehichle Stability Control, sensor parkir di bahagian depan serta belakang dan kamera parkir di belakang.

Harga jualan bermula dari 457.8 juta Rupiah (RM132,135) untuk versi standard. Manakala versi hibrid pula dijual pada harga 497.8 juta Rupiah (RM143,680).

Google ads
Back to top button