Buletin

HONDA CITY GURU HABIS TERBAKAR LANGGAR KERBAU

Kereta Honda City dipandu seorang guru terbakar di Kilometer (KM) 38, Jalan Temerloh/Melati, Bera selepas terlanggar seekor kerbau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.47 pagi itu, mangsa, Norpamela Muhammad Mohtar, 39, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tementi sempat keluar daripada kenderaan terbabit sebelum kereta itu terbakar.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa memandu kereta jenis Honda City dalam perjalanan ke sekolah dari arah Temerloh menghala ke Melati.

Beliau menambah, apabila sampai di tempat kejadian, seekor kerbau telah melintas jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut.

“Mangsa hilang kawalan dan terus terbabas ke sebelah kanan jalan hingga kereta itu terbakar.

“Mangsa sempat keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kerbau itu mati dilanggar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Redzuan Rahimpudin memberitahu, seramai empat anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Operasi tamat pada jam 7.46 pagi. Kereta terbabit musnah 100 peratus,” jelasnya. –sinar harian

Google ads
Back to top button