Motosikal

MODENAS PULSAR RS200 2021 KINI SUDAH ADA DI KEDAI. HARGA SAMA, RM9,990 SEUNIT

Peminat motosikal street bike kini boleh mengunjungi pengedar sah MODENAS untuk melihat lebih dekat Modenas Pulsar RS200 2021. 

Lebih menarik lagi, Modenas Pulsar RS200 dengan warna dan reka bentuk grafik baharu itu telah tiba di pengedar sah MODENAS terpilih di seluruh negara sejak Ahad lalu.

Ditawarkan pada harga RM9,990 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), street bike berkenaan hadir dalam warna putih mutiara dan kelabu bersama kemasan berkilat dan Burnt Red dengan kemasan matte. Pemasangan motosikal itu dijalankan di kilang MODENAS di Gurun, Kedah. 

Modenas Pulsar RS200 dikuasakan oleh enjin DTS-i 4-lejang SOHC-4 injap dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana 24.5PS dan tork 18.6Nm. Model itu juga dilengkapi sistem brek  ABS tunggal yang menggunakan cakera brek bersaiz 300mm di depan dan 230mm di belakang. Manakala tangki minyaknya berkapasiti  13 liter.

“Dengan harga yang sama dengan varian sebelumnya, jangan tunggu lagi, datang dan kunjungi pengedar sah kami yang berdekatan.

“Dapatkan  Modenas Pulsar RS200 hari ini. Kami berharap pelanggan kami yang telah menunggu Modenas Pulsar RS200 akan berpuas hati dengan pilihan warna baru dan reka bentuk grafik yang ditawarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan. 

Setelah warna dan reka bentuk grafik baru itu diperkenalkan, media berpeluang menunggang uji model tersebut di Litar Rakyat Kuala Selangor. 

Untuk mencari pengedar sah terdekat yang menawarkan model Modenas Pulsar RS200 2021, sila  layari laman web: www.modenas.com.my. Maklumat tambahan akan disertakan di laman sosial Facebook dan Instagram MODENAS.

Google ads
Back to top button