
TOYOTA SYNERGISED MOBILITY. MANFAATKAN TEKNOLOGI AKAN DATANG PADA HARI INI
UMW Toyota Motor (UMWT) kini melancarkan teras baru jenamanya, Toyota Synergised Mobility (TSM) yang dipacu oleh teknologi terkini.
Selaku pelopor dalam industri automotif yang sedang berkembang menjadi penyedia servis mobiliti lain, Toyota telah membangunkan beberapa teknologi maju dan inovatif.
Melalui TSM, teknologi maju berkenaan akan diringkaskan dan kepentingannya lebih mudah difahami. Justeru, kesepaduan antara teknologi dan manusia akan lebih erat, sekali gus memperkenalkan sisi baru Toyota yang lebih maju, canggih dan inovatif.

Dua contoh teknologi yang dimaksudkan ialah Toyota Safety Sense (TSS) dan Toyota New Global Architecture (TNGA). Kedua-duanya digunakan dan dipasang pada model-model terkini Toyota.
Ia menyerlahkan maksud permotoran pintar yang memastikan aspek keselamatan, keselesaan dan prestasi. Dengan TSM, pelanggan akan dapat melihat kesepaduan antara keyakinan dan teknologi dalam aktiviti seharian mereka.
Di bawah tema All About The Drive, UMWT akan melaksanakan TSM menjadikan kenderaannya lebih bagus. Ia akan melengkapi lagi kerancakan yang telah dimulakan oleh Toyota Gazoo Racing.

TSM juga akan merintis jalan buat teknologi Toyota untuk diperkenalkan dalam masa terdekat. Ia menjadi simbol kepada usaha Toyota memanfaatkan teknologi akan datang, pada hari ini.
“Kami percaya teknologi seharusnya ringkas, tetapi pintar. Dengan Toyota Synergised Mobility, UMW Toyota Motor akan menawarkan aspek baru jenama Toyota kepada warga Malaysia melalui inovasi maju yang canggih.
“Pelanggan akan memahami dan memanfaatkan Smart Driving bersama Toyota. Mereka bakal menikmati pengalaman pemanduan yang menyenangkan, dengan teknologi yang direka oleh dan untuk manusia,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Ketahui lebih lanjut mengenai Toyota Synergised Mobility di http://toyota.com.my/synergised-mobility