Buletin

TOYOTA TAWAR GR REAR WING UNTUK GR86, HARGA BERMULA RM16K

Toyota baru-baru ini melancarkan GR Rear Wing untuk pemilik GR86 di Jepun dan boleh dimiliki bermula 1 September.

Dibangunkan oleh oleh Toyota Racing Development (TRD), GR Rear Wing boleh didapati pada harga AS$3,536 (RM16,537).  

GR Rear Wing direka menggunakan plastik bertetulang gentian karbon dan bentuk sayap pula dioptimumkan menggunakan analisis CFD (computational fluid dynamics).

Menurut Toyota, penggunaan analisis CFD adalah bagi memastikan daya mendap mencukupi tanpa meningkatkan rintangan udara.

Selain itu, pemilik juga boleh memilih daripada tiga tetapan pelarasan berbeza iaitu sifar darjah, 1.25 darjah serta 2.5 darjah.

Google ads
Back to top button