VINFAST SEDIA MASUK PASARAN INDONESIA, RANCANG PEMBUATAN BATERI
Pengeluar kereta asal Vietnam, VinFast, dilaporkan bersedia untuk memasuki pasaran automotif Indonesia.
Baru-baru ini, pegawai VinFast bertemu dengan Menteri Perdagangan Republik berkenaan, Zulkifli Hasan, menunjukkan hasrat mereka untuk memeriahkan pasaran automotif Indonesia.
Untuk rekod, VinFast telah mendaftarkan beberapa model kereta di Indonesia, seperti sedan dan Sport Utility Vehicles (SUV).
Menurutnya, ini adalah langkah strategik mereka untuk bersaing dalam pasaran automotif Indonesia.
Kedua-dua model kereta ini mempunyai reka bentuk yang menarik. SUV VinFast mempunyai reka bentuk serupa dengan VinFast Lux SA 2.0, SUV mewah berasaskan BMW X5.
Sementara itu, model sedan VinFast juga serupa dengan VinFast Lux A 2.0, berasaskan BMW 5 Series. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin 2,000 cc 4-silinder BMW.
Selain daripada kereta enjin konvensional, VinFast juga mendaftarkan sebuah kereta elektrik dengan reka bentuk menarik yang akan muncul di Vietnam terlebih dahulu.
Selain itu, VinFast juga mempunyai rancangan untuk membuat serta mengeluarkan bateri di Indonesia.
Dengan langkah diambil oleh VinFast, ia sekali gus menunjukkan cita-cita besar VinFast untuk melabur serta menyumbang kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.
- BACA: SAHAM VINFAST MELONJAK 270 PERATUS DI NASDAQ, ATASI VOLKSWAGEN, FORD
- BACA: VINFAST AKAN BAYAR PEMBELI EV RM 461 BAGI SETIAP ISU KUALITI YANG DITEMUI.
- BACA: VINFAST DEDAH VF 3 – HANYA UNTUK PASARAN VIETNAM, BERPOTENSI JADI KERETA NASIONAL
- BACA: VINFAST PERKENALKAN EV MAMPU MILIK, VF 5 PLUS, HARGA RM102K – NAK LAWAN JENAMA CHINA DI VIETNAM