
TOYOTA TUNDRA DINOBATKAN SEBAGAI TRAK PIKAP PALING SELAMAT DI AMERIKA
Jika Toyota Hilux mendominasi carta jualan trak pikap di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, Toyota mempertaruhkan model Tundra bagi pasran Amerika. Syarikat ini membelanjakan banyak duit menerusi kempen pemasaran dan juga memperkenalkan teknologi baru bagi memastikan Tundra sentiasa dilengkapi dengan teknologi terkini
Malah Toyota juga mengemaskini Tundra dengan teknologi keselamatan terbaru bagi membolehkan Tundra dinobatkan sebagai trak pikap paling selamat oleh IIHS (Insurance Institute for Highway Safety) dengan rating paling selamat iaitu Top Safety Pick+.
Toyota Tundra merupakan trak pertama dalam sejarah IIHS yang diberi penarafan Top Safety Pick+. Walaupun pernah dipanggil semula bagi tujuan pembaikan, Tundra merupakan model yang lasak dan boleh bertahan sehingga 1 juta kilometer.
Antara kriteria yang diberi pembaikan oleh Toyota ialah ujian rempuhan bucu depan (small overlap crash test) dan juga lampu depan dengan teknologi baru. Antara kriteria yang dititikberatkan oleh IIHS bagi mendapat skor Top Safety Plus kenderaan ujian perlu mendapat skor Good dalam 6 ujian IIHS
Ini termasuklah ujian perlanggaran bucu depan, perlindungan kepada penumpang dan pemandu dalam perlanggaran bucu depan, ujian kekuatan bumbung dan perlindungan kepala. Kenderaan ujian juga mesti skor dengan cemerlang dalam ujian bagi mengelakkan kemalangan pada pejalan kaki dan kenderaan lain.
IIHS juga menekankan penggunaan lampu depan skor Good atau Acceptable dalam semua varian yang dijual. Tahun lepas, Tundra gagal mendapat Top Safety Pick+ disebabkan lampu depan dan belakang yang tidak menepati kriteria IIHS
Toyota Tundra 2022 dipasang dengan sistem Advanced driver Assistant System yang dinamakan Toyota Safety Sense 2.5 yang merangkumi brek kecemasan automatik dengan keupayaan mengesan pejalan kaki, sistem pemanduan adaptif, Lane Departure Alert dengan Kawalan Stering, Lane Tracing Assist, lampu tinggi automatik dan amaran papan tanda terus pada meter kereta
Sebagai tambahan, Toyota Tundra juga dipasang dengan sistem amaran titik buta, sistem amaran lintasan belakang, bantuan parkir brek depan dan belakang serta Trailer Merge Warning



