
TOYOTA VIOS 2013
Sesiapa yang ingin memiliki Toyota Vios serba baharu kini sudah boleh tersenyum kerana kerana UMW Toyota Motor telah membuka tempahan untuk model popular tersebut mulai hari ini.
Sejak sekian lama, Vios mengungguli jualan sedan bukan nasional di Malaysia. Model baharu ini dijangka meneruskan penguasaan tersebut. Walaupun berdepan dengan persaingan sengit terutama daripada Nissan Almera.
Spesifikasi Vios telah dipertingkat dan menawarkan lebih nilai untuk kepuasan pengguna. Vios kini tampil dengan rekaan luaran yang lebih dinamik, penjimatan bahan api mendahului kelasnya dan tahan lasak.
“Ini merupakan kereta berkualiti tinggi yang ditawarkan pada harga berpatutan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.
Selepas mendapat maklum balas daripada pengguna, antara ciri yang disertakan pada Vios ini termasuklah sistem Smart Entry dan butang Push Start (gred lebih tinggi). Di samping kabin lebih luas dengan kemasan yang menggunakan material berkualiti tinggi.
Vios dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.5 liter 1NZ-FE yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 109PS @ 6,000 rpm dan tork 141Nm @ 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi auttomatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan untuk varian 1.5J.
Dengan tagline Value Beyond Belief, tidak ada peningkatan harga untuk varian Vios J. Sementara varian Vios 1.5 TRD Sportivo, 1.5G and 1.5E hanya mengalami kenaikan minimum.
Senarai anggaran harga adalah seperti berikut:
- Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200
- Toyota Vios 1.5 G – RM82,900
- Toyota Vios 1.5 E – RM77,300
- Toyota Vios 1.5 J – RM73,200
Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 1-800-8-TOYOTA (1800-8-869682).









