Peranti

LOGITECH BLUETOOTH SPEAKERS Z600

Logitech semalam memperkenalkan pembesar suara Logitech® Bluetooth® Speakers Z600. Pembesar suara berkembar tanpa wayar yang direka penuh gaya bagi melengkapkan penampilan komputer riba Macbook atau ultrabook anda. 

Dengan pembesar suara ini, anda boleh mendengar muzik dan sumber audio lain daripada komputer, telefon pintar atau tablet dengan mudah. Tiga peranti berbeza boleh diaktifkan pada masa yang sama, manakala menukar di antara ketiga-tiganya adalah semudah menekan butang pause pada satu peranti dan memainkan peranti yang lain.

“Pembesar suara Logitech Bluetooth Speakers Z600 direka untuk menyerupai objek seni yang menggunakan bentuk, material dan warna yang bergabung dengan ruang kehidupan moden. Ia juga melengkapkan penampilan komputer riba yang ultra nipis,” kata Pengarah Serantau Logitech untuk Asia Tenggara, Prasenjit Sarkar.

Logitech Bluetooth Speakers Z600

Dengan ketersambungan Bluetooth, pertama untuk pembesar multimedia Logitech, ia memang ideal untuk gaya hidup tanpa wayar dan multi peranti pada hari ini.

Sama ada anda mendengar muzik, menonton filem, bermain permainan video atau berbual melalui video (video chatting) Logitech Bluetooth Speakers Z600 menawarkan audio yang jelas dan kualiti tinggi. Dengan tiga pemacu (drivers) pada setiap pembesar suara, sistem ini dijurutera untuk menyediakan kualiti akustik terbaik untuk apa jua ruang.

Butang kawalan pada Logitech Bluetooth Speakers Z600 merupakan satu lagi komponen integral reka bentuk yang bersih. Panel atas pada pembesar suara sebelah kanan terdiri daripada cakera sentuh yang licin dan responsif. Untuk menukar kekuatan suara tinggi atau rendah, anda hanya perlu meluncurkan jari pada sekeliling bahagian tepinya.

Logitech-Bluetooth-Speakers-Z600-Detail-View

Butang kawalan lain seperiti butang kuasa, penyatuan Bluetooth dan input 3.5mm disembunyikan dengan bijak pada bahagian belakangnya. Oleh kerana setiap perincian adalah penting, wayar kuasa pun diberi pertimbangan sewajarnya. Direka khas, kabel rata disambungkan di antara pembesar suara dan adapter kuasa. Jadi, anda tidak akan nampak wayar yang berselirat di atas meja.

Penghantar-terima USB Bluetooth disertakan sekali dengan pembesar suara Logitech Bluetooth Speakers Z600 bagi memastikan pengalaman tanpa wayar dengan komputer. Menyambungkannya melalui Bluetooth biasa mungkin boleh, tetapi ada juga sejumlah komputer tidak membenarkan penstriman atau penukaran peranti dengan lancar. 

Penghantar-terima USB Bluetooth juga membolehkan anda menyambungkan pembesar suara ini dengan komputer yang tidak disokong oleh ciri Bluetooth. Sebagai tambahan, anda boleh menyambungkan pembesar suara ini kepada mana-mana peranti yang mempunyai satu output audio dengan menggunakan input auxiliary 3.5mm.

Logitech Bluetooth Speakers Z600_2

Logitech Bluetooth Speakers Z600 dijangka dipasarkan di Malaysia menjelang Ogos 2013 dengan harga runcit  yang dicadangkan ialah RM599 seunit. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.logitech.com/my atau www.facebook.com/LogitechMalaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button