
TOYOTA VIOS TERUS POPULAR
Toyota Vios membuktikan bahawa ia kekal menjadi pilihan pengguna apabila berjaya mencatat tempahan sebanyak 20,000 unit sehingga kini.
Untuk makluman, Vios baharu diperkenalkan oleh pihak UMW Toyota Motor pada Oktober 2013. Dalam satu kenyataan, UMW Toyota Motor menyatakan bahawa sambutan orang ramai terhadap Vios kekal positif.
Pemilihan Vios banyak dipengaruhi oleh penampilan luarannya yang kini lebih sporty, selain nilainya yang berbaloi untuk dimiliki. Ramai pembeli menyatakan bahawa prestasi, gaya, keselesaan dan penjimatan bahan api menjadi faktor kenapa mereka memilih Vios.
“Kami menjangkakan maklum balas yang memberangsangkan ini akan berterusan sepanjang tahun. Sejak diperkenalkan sepuluh tahun lalu, Vios telah menjadi sedan bukan nasional paling laris di Malaysia. Sehingga Disember 2013, jualan Vios sudah mencecah 280,000 unit,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, UMW Toyota Motor turut memperkenalkan promosi menarik untuk pelbagai model seperti Camry, Hilux, Innova dan banyak lagi. Pelanggan digalakkan supaya menempah kenderaan pada bulan Januari kerana promosi ini diadakan sehingga stok masih ada.
Maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682), kunjungi bilik pameran terdekat atau layari laman web: www.toyota.com.my










