
HTC DESIRE 601 DUAL SIM
Pengeluar telefon bimbit berinovasi di dunia, HTC kembali membariskan keluaran baharu mereka.
Pengenalan HTC Desire 601 dual sim baru-baru ini menambah koleksi terkini dalam rangkaian telefon pintar jenama popular tersebut. Sebagai gajet rangkaian sederhana, ia membolehkan pelanggan menikmati pengalaman premium pada harga yang berpatutan.
HTC Desire 601 dual sim daripada keluarga One turut memperkenalkan ciri-ciri inovatif baharu. Misalnya kepantasan 3G termasuklah sorotan video dan HTC BoomSound.
“HTC sering menjadi peneraju kepada pembangunan telefon bimbit di peringkat antarabangsa menerusi kepelbagaian inovasi. Dengan adanya HTC Desire 601 dual sim, kami mengubah persepsi individu terhadap rangkaian telefon pintar rangkaian sederhana. Di samping menetapkan standard yang tinggi melalui penyediaan peranti premium pada harga kompetitif,” ujar Presiden HTC Asia Selatan, Jack Yang.
Teras keistimewaan HTC Desire 601 dual sim terletak pada sokongan pengaktifan dua kad sim secara serentak. Telefon pintar ini sesuai untuk mereka yang sering bergerak dan memiliki beberapa kontrak telefon.
Gabungkan pelan data dan pakej dan biarkan HTC Desire 601 dual sim menyatukan penggunaan peribadi dan perniagaan anda secara sistematik.
Selain itu, ia turut dilengkapi kelebihan mengagumkan sehingga mampu diletakkan sebagai antara telefon pintar terbaik di dunia. Lengkap dengan ciri HTC BlinkFeed, HTC Zoe bersama sorotan video dan HTC BoomSound, ia secara automatik menjadikan HTC Desire 601 dual sim sebagai telefon pintar rangkaian sederhana paling canggih di pasaran pada masa kini.
Kamera belakang 5 megapiksel berciri HTZ Zoe pula mampu menghidupkan imej yang dirakam dalam video berdurasi tiga saat. Kebolehan suntingan ringkas yang ditawarkan menjadi sokongan kepada ciri-ciri hebat seperti bidikan sekuen, Always Smile dan pembuangan objek.
Sorotan video juga memberikan pengalaman berbeza dengan membenarkan pengguna menghasil dan menonton sorotan pilihan pada skrin suku berdefinisi tinggi (qHD) 4.5″.
Didatangkan bersama pilihan tetapan pra tema untuk ekstra memori peribadi, montaj video 30 saat yang dihasilkan akan lebih mudah dihasil dan dikongsi dengan pantas.
HTC Desire 601 dual sim menggabungkan pemprosesan Quad-core 1.2 Gigahertz (GHz). Ia menjadi penghubung segera bagi melayari video berdefinisi tinggi dan muzik dengan lancar tanpa sebarang kompromi berkaitan kualiti. Pengalaman audio visual pengguna turut diperhebatkan dengan ciri pembesar suara depan HTC BoomSound dan skrin yang besar.
Telefon pintar sarat nilai fungsi ini boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan putih mulai pertengahan Disember 2013 di semua pengedar sah HTC. Mengikut harga runcit cadangan, HTC Desire 601 dual sim kini dijual pada harga RM1,099. Untuk keterangan lanjut, layari laman web: www.htc.com.














