Modifikasi

PANDEM TOYOTA SUPRA TRA-KYOTO ROCKET BUNNY – BODYKIT SUPER LEBAR

Walaupun mendapat reaksi berbeza daripada peminat tegar dari seluruh dunia,  kereta sports Toyota Supra tetap menerima jumlah tempahan yang memberangsangkan.

Malah, semua unit tahun 2019 untuk pasaran Eropah dikatakan sudah habis dijual. Jadi, Toyota dilapor akan menerima pesanan bagi tahun 2020 tidak lama lagi.

Seperti yang boleh dijangka, Supra menjadi magnet buat firma-firma talaan sama ada dari Jepun, Amerika atau Eropah.

Malah, apabila Toyota mengumumkan mahu kembali menghasilkan Supra, semua rumah talaan ini mungkin sudah mula merancang untuk meningkatkan lagi model sport tersebut.

Bagi mereka yang sudah membuat tempahan dan tak tahu macam mana nak jadikan Supra anda lebih menyerlah, ini ada contohnya.

Terkini ialah hasil render daripada Tra-Kyoto yang bertanggungjawab menghasilkan jenma Rocket Bunny. Studio itu mendedahkan satu klip video CGI yang mereka panggil sebagai Pandem Supra

Kalau dah datang dari Jepun, elemen wajib pastinya bodykit yang super lebar, spoiler belakang besar, suspensi stance dan rim tempahan khas.

Semua ramuan itu merupakan projek Tra-Kyoto yang kemudiannya ditambah dengan diffuser dan sistem ekzos.  Gambar ini juga menunjukkan bahagian dalamannya dipasang dengan roll-cage.

Tiada sebarang maklumat bilakah kit ini akan ditawarkan. Satu post daripada Instagram Rocket Bunny Pandem hanya ditulis “Belum ada perincian khusus… Bersedia untuk kemas kini seterusnya.”  

Untuk makluman, Pandem sebelum ini pernah menghasilkan bodykit untuk BMW E30, MK2 VW Golf, R35 Nissan GT R dan Ford Raptor.

Google ads
"
"
Back to top button