Buletin

DUCATI SERTAI ITALIAN MOTORCROSS CHAMPIONSHIP – JENTERA BAHARU SEDIA TAMPIL PRESTASI TERBAIK

Ducati baru-baru ini mengumumkan penyertaannya dalam dunia perlumbaan motorcross, sekali gus mencipta satu lagi sejarah baharu bagi jenama motosikal kelahiran Bologna itu.

Menurut Ducati, ia telah mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan prototaip jentera lumba motorcross.

Dalam upaya menguasai Italian Motorcross Championship, Ducati mahu memastikan jentera baharunya mampu bersaing di cabaran perlumbaan.

Tambahnya lagi, jika jentera itu menampilkan prestasi terbaik, ia akan membawa lembaran baharu untuk jenama itu termasuk, mewujudkan siri produk yang mampu memenuhi kehendak peminatnya.

Tiada perincian didedahkan setakat ini tetapi Ducati memberi fokus untuk menghasilkan model lebih ringan selain, tampil dengan lebih kuasa.

Terdahulu, Ducati telah menandatangani perjanjian dengan juara dunia sembilan kali Motocross World Champion, Antonio Cairoli sebagai pelumba ujian.

Google ads
Back to top button