
TULAR ULAR SAWA TUMPANG ‘HEALING’ ATAS KERETA
Seekor ular sawa besar mengejutkan pemandu dan orang ramai apabila dilihat ‘menumpang’ sebuah kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang.
Menerusi hantaran oleh @tigrechef di Threads, ular sawa itu kelihatan duduk tenang di atas bumbung sebuah kereta Perodua Axia yang sedang meluncur di jalan raya.
Dalam video seterusnya, ular tersebut dilihat bergerak-gerak di sekeliling kereta walaupun kenderaan itu bergerak laju.
Perakam juga dilihat memberitahu pemandu bahawa terdapat ular di atas keretanya, namun pemandu itu memberi isyarat tangan, menunjukkan bahawa dia menyedarinya, tetapi tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang kebanyakannya mengagumi ketenangan pemandu dalam situasi tersebut, sementara ada juga yang meninggalkan komen mengusik.
“Plot twist, ular tu sebenarnya owner (pemilik) Axia dan kereta dia kena bawa lari,” usik @alanstagram01.
“Kalau aku, aku drive (pandu) terus ke balai bomba. Sampai dekat sana tekan hon banyak kali,” ujar @hdyhkrmn
“Kalau saya, saya bagi je ular tu drive (pandu). Saya balik naik Grab,” kata @hikayatmora. – KOSMO! ONLINE
- BACA: KPDN, JPJ CARI PENYELESAIAN KEGIATAN EJEN TIPU PEMERIKSAAN PUSPAKOM
- BACA: KIA BONGO SMART SELECTION SEMPENA ULANG TAHUN KE-45, BUKAN VAN TAPI LORI!
- BACA: SKODA KAMIQ DESIGN EDITION 2025 – SUV BANDAR DENGAN HARGA YANG LEBIH BERBALOI
- BACA: IMEJ RASMI HAVAL H7 2025 DIDEDAHKAN – JANA 114HP, JARAK GERAK 126KM, HARGA SEKITAR RM112K