Buletin

POLIS TURKI GUNA GAMBAR KERETA PERONDA UNTUK INGATKAN PENGGUNA JALAN RAYA

Pasukan polis di Turki mempunyai satu cara yang kreatif untuk membuatkan pengguna jalan raya di sana tidak melanggar undang-undang.

Apa yang mereka buat adalah meletakkan kepingan-kepingan gambar kereta peronda polis di tepi jalan.

Dari jauh, ia memang nampak seperti kereta polis. Tetapi apabila dilihat dari dekat, ia hanyalah sekeping kayu bersama satu panel solar kecil untuk menyalakan lampu. 

Satu tweet daripada Polis Trafik Radford di Nottinghamshire, UK membayangkan ia mungkin mahu menggnakan taktik sama di sana dan meminta maklum balas daripada para pengikutnya. 

Biarpun begitu, mereka yang pernah memandu di Turki memberitahu taktik itu mungkin berkesan pada peringkat awal.

Namun, lama-kelamaan penduduk tempatan sudah tahu ia bukan polis sebenar jika dibiarkan di satu-satu tempat dalam tempoh yang lama. 

“Inisiatif ini berjaya pada awalnya. Apabila mula nampak ‘polis’ ini buat kali pertama, saya memandu dengan penuh hati-hati.

“Dari jauh, ia kalihatan seperti kereta polis yang sebenar. Tetapi anda perlu mengalihkan ke lokasi-lokasi berbeza supaya pengguna jalan raya patuh terhadap peratuan lalu lintas,” komen seorang pembaca.

Korang rasa kalau pasang di lebuh raya atau jalan kampung masa Hari Raya nanti berkesan tak? 

Google ads
Back to top button