Buletin

40 KERETA CURI KANADA DITEMUI DALAM KONTENA. HANTAR KE LIBYA, TURKI

Sebanyak lebih 40 buah kenderaan yang dicuri di Toronto, Kanada ditemui dalam kapal kontena di Itali.

Pembongkaran tersebut merupakan hasil bersepadu oleh Unit Jenayah Kewangan Daerah York, Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada (CBSA) dan Polis Itali.

CBSA telah memaklumkan Unit Jenayah Kewangan Daerah York pada April lalu berhubung siasatan kes penipuan kereta eksport sebuah Audi Q7 tahun 2018.

Hasil siasatan tersebut telah membongkar penemuan beberapa lagi kenderaan, kebanyakannya sedang dalam perjalanan untuk dieksport ke luar negara.

Antara kenderaan yang ditemui termasuklah BMW M6 convertible dan Mercedes-AMG GLC 43. Selain beberapa model Jaguar, Lexus, Land Rover, Honda, Hyundai dan Toyota.

Pihak berkuasa telah mengenal pasti kenderaan-kenderaan ini dan menghubungi pejabat undang-undang di Itali.

Difahamkan, kenderaan-kenderaan itu akan berlabuh terlebih dahulu di pelabuhan Salerno dan Tauro, sebelum meneruskan perjalanan ke Libya dan Turki.  

Begitupun, tindakan pantas olehsemua agensi terlibat membuahkan hasil apabila mereka berjaya merampas 30 daripada 40 kenderaa itu di pelabuhan Itali. Semua kereta itu dianggarkan bernilai AS$1.5 juta (kira-kira RM6.4 juta).

Selebihnya sebanyak 10 kenderaan dirampas CBSA sebelum berlepas dari Kanada dianggarkan $300,000 (kira-kira RM1.2 juta).

Sementara itu, para penyiasat Unit Jenayah Kewangan, telah menemui bukti baharu bagi kes terbabit dan beberapa kenderaan lain sedang dalam siasatan.

Kenderaan-kenderaan yang telah ditemui itu akan diserahkan kepada pemilik asal setelah siasatan selesai. – carscoops

Google ads
Back to top button