Artikel Pilihan

DS 4 – HATCHBACK PREMIUM BUATAN PERANCIS

Melihatkan rekabentuk model ini pasti ramai yang jatuh hati. Biasanya model Hatchback sebegini sememangnya untuk orang kebanyakan. Jarang sekali model Hatchback yang dibina secara sendirian tanpa bersandarkan kepada pasangannya model Sedan diangkat darjatnya untuk menjadi model premium. Tapi tidak bagi buat pengeluar dari Perancis, DS Automobiles ini. Mereka memperkenalkan model serba baharu dalam pasaran, DS 4. Dan ianya adalah sebuah Hatchback Premium dengan gaya Perancis.

Tapi kita mungkin boleh mengagak, melihatkan betapa berjayanya jualan model Hatchback Premium seperti Mercedes GLA yang laku di serata dunia. Maka, DS 4 ini adalah jawapan kepada mereka yang ingin lari daripada tipikal Bani Eropah.

Rupa luaran DS 4 ini sememangnya tampak begitu eksklusif dengan rekaan bampar yang berlekuk sana sini. Jelas ketara juga penggunaan lampu projektor DS Matrix LED Vision memberikan penglihatan yang lebih nyata dan jelas serta penampilan yang cukup garang.Menarik juga apabila ciri eksklusif turut ditampilkan dengan ciri popout pada pemegang pintu. Nampak macam simple dia punya wow tu memang lain macam. Dan penggunaan rim bersaiz talam 20 inci itu pun nampak macam overkilled pula rasanya. Tapi nak nampak lebih mewah punya pasal kan.

Bahagian dalaman DS 4 ini turut menampilkan ciri yang mewah dan ekslusif. Tempat duduk kulit sudah semestinya. Ruangan pemandu juga tampak begitu bergaya elegan dengan meter kluster yang canggihUntuk keselesaan sang pemandu, DS 4 ini juga akan menggunakan Head-Up Display bagi membolehkan pemandu terus menumpukan perhatian pada cermin di hadapan tanpa perlu menoleh ke arah lain. Membantu pemandu kekal fokus.

DS 4 ini akan ditawarkan dengan beberapa varian trenkuasa sebagai pilihan kepada pengguna. Ada beberapa enjin petrol dan juga sebuah enjin diesel. Tapi sudah tentu pilihan model hibrid bakal menjadi pilihan buat mereka yang pencinta alam sekitar. Trenkuasa elektrik E-TENSE tersebut berupaya menjana kuasa 225 HP setelah digabungkan dengan enjin turbo, motor elektrik dan juga kotak gear e-EAT8.

Selain daripada itu, DS 4 ini turut dilengkapi dengan skrin sesentuh dilengkapi dengan DS Iris System yang akan bertindak untuk membantu pemandu dalam memilih beberapa tetapan, begitu juga dengan mod kawalan suara. Selain daripada itu, DS Smart Touch turut akan berfungsi sebagai 6 tetapan ringkas pilihan seperti Sistem Navigasi, Radio dan juga Kawalan Suhu. Ianya boleh berfungsi dengan hanya layangan tangan ke kiri dan ke kanan sahaja. Lebih ergonomik orang kata.

Dengan pengenalan model ini, ternyata akan melengkapkan lagi barisan model sedia ada pada DS Automobiles ini. Penggemar jenama DS ini pasti boleh memilih setiap satu model yang ada mengikut citarasa sendiri.

BACA : DS 9 – MODEL SEDAN PREMIUM PERANCIS

BACA : DS 7 CROSSBACK – SUV PREMIUM UNTUK BANGSAWAN

Google ads

B K

Back to top button