Buletin

McLAREN 600LT IN STEALTH GREY BY MSO – LAWA SUNGGUH!

Sekarang ini warna kelabu menjadi kegemaran peminat modifikasi dan pengeluar kenderaan. Warna kelabu begitu sesuai dengan kereta berprestasi atau yang telah dimodifikasi dan menangkap mata sama ada dilihat dari gambar atau secara berdepan.

Sama ada Honda Civic EG, Audi, Lamborghini atau McLaren tempahan khas semuanya nampak cantik. Terbaru ialah McLaren 600LT in Stealth Grey by MSO oleh McLaren Special Operations.

600LT adalah kereta paling ringan dan berkuasa dan ‘halal’ untuk digunakan di jalan raya dalam model McLaren Sport Series.

600LT ini diliputi warna adunan khas (Bespoke paint) MSO Stealth Grey dengan pelbagai naik taraf daripada yang boleh ditempah oleh pelanggan MSO.

Kereta ini diperkenalkan pada acara Goodwood Festival of Speed Julai lalu dan jelmaan kepada falsafah McLaren dalam menghasilkan kereta sport dan super yang ringan dan pada masa sama mempunyai prestasi luar biasa dan penglibatan dengan pemandu.

Di bawah ialah spesifikasi McLaren 600LT Stealth Grey by MSO:

  • Warna luaran Stealth Grey MSO dengan kemasan Matt Black dan McLaren Orange Exterior Pack untuk menyerlahkan garisan aerodinamik kereta
  • Satu ciri istimewa ialah corong udara gentian karbon yang diinspirasi dari McLaren F1 Longtail
  • Corong udara tersebut turut dipasangkan kamera telemetri litar
  • Aksesori pilihan lain ialah peralatan gentian karbon seperti cermin sisi, bamper belakang, peresap belakang dan beberapa peralatan lain yang berupaya mengurangkan berat keretea
  • Roda ultra-ringan dengan warna hitam kilat
  • Kerusi lumba gentian kaca ultra ringan dari model McLaren Senna
  • Tali pinggang keledar enam poin MSO Clubsport Pro Pack
  • 12 pembesar suara Bowers & Wilkins

McLaren 600LT berkuasa 600ps dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 2.8 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 328 km/j/

Kereta tempahan khas ini akan dipertontonkan buat kali pertama semasa acara Concept Lawn di Pebble Beach Concours d’Elegance pada 26 Ogos depan.

BACA: DAPAT McLAREN SENNA 001 TERUS BAWA MENGEMBARA 1400KM

BACA: McLAREN KERUSI DI TENGAH BAKAL KEMBALI, KELAJUAN LEBIH 391 KM/J!

Google ads
Back to top button