Artikel PilihanMotosikal

“SAYA TAK MENGHARAP, TAPI KALAU KTM MAHU, SAYA AKAN KEKAL DI PASUKAN INI” – HAFIZH

Sejak semalam, ini adalah spekulasi yang terus bertiup kencang dalam gelanggang MotoGP. Keputusan Zarcon meninggalkan KTM memberi laluan baru dan peluang pada Hafizh untuk kela dalam saingan kelas premier MotoGP, sekurang-kurangnya untuk setahun lagi pada 2020.

Dengan Brad Binder mengambil posisi Hafizh dalam pasukan Tech 3, kelihatannya Hafizh tiada pilihan selain turun ke kelas Moto2 pada 2020.

Namun di pihak KTM (factory) pula, mereka juga tiada pilihan yang banyak bagi menggantikan posisi Zarco. Calon terbaik yang mereka ada ialah Miguel Oliveira yang mungkin dipindahkan dari pasukan satelit Tech3 ke pasukan Factory KTM.

Dan itu jelas memberi kekosongan untuk satu kerusi di Tech3 untuk tahun hadapan.

“Saya tidak tahu. Buat masa ini saya belum berbincang dengan Herve tentang ini,” Ujar Hafizh di litar Silverstone semalam.

“Keputusan Zarco memang mengejutkan ramai orang. Saya percaya, Zarco adalah pelumba yang bagus dan sangat pantas. Tapi apa yang dia cakap juga betul. Dia mahu berlumba dengan gembira, dan mahu catat kejayaan podium.

“Saya tak mengharap untuk kekal di Tech 3 tetapi jika pasukan masih memerlukan khismad saya, sudah pasti saya mahu kekal dalam kelas premier.

“Tapi jika tiada peluang macam Luthi, saya akan kembali ke kelas Moto2 dan akan lakukan yang terbaik.

“Saya ada beberapa opsyen dalam kelas Moto2, tapi buat masa ini saya belum boleh memberi sebarang jawapan.”

Mengetahui bahawa kemungkinan Oliveira mungkin diserap ke dalam pasukan Factory: “KTM perlu membuat keputusan yang betul untuk menggantikan Zarco dan Tech3 juga perlu ambil masa berbincang dengan beliau. Atau mungkin juga berbincang tentang saya. Saya tak pasti, saya hanya menunggu. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.”

Sepertimana rakan sepasukannya Zarco, Hafizh mengahadapi masalah mengadaptasi jentera KTM RC16 sejak berpindah dari jentera Yamaha namun mengakui bahawa ia keputusan yang sukar untuk meninggalkannya tanpa sebarang tujuan.

“Saya juga ada perasaan yang sama dengan Zaco, tapi apa yang boleh kami buat? Kadang-kadang, anda tiada pilihan,” Ujar Hafizh lagi.

“Contohnya, pasukan lain dah sahkan barisan pelumba mereka untuk musim depan. Adakalahnya positif, ada kalanya tidak.

“Tapi bagi saya, saya hanya boleh kata akan terus berusaha. Dalam dua pusingan terakhir, kami ada kelajuan yang bagus, tetapi keputusannya tidak bagus. Tapi saya percaya, saya perlukan masa untuk faham sepenuhnya.

“Jadi, mari lihat apa yang kami boleh lakukan pada baki perlumbaan musim ini. Lakukan yang terbaik atau sekurang-kurangnya kumpul sebanyak mungkin mata.”

Google ads
Back to top button