Modifikasi

PERODUA KENARI STELLAR

Sekali imbas, Kenari ni nampak biasa sahaja tanpa pengubahsuaian yang ekstrem. Ya benar, ia ada bodykit, rim krom dan rendah gaya VIP, tetapi kami hanya berharap ia sebuah kereta bukan audio sebenar.

perodua-kenari-stellar-mekanika (2)

Telahan pertama hampir tepat tapi sebaik but belakang dibuka, ternyata Kenari ini telah menerima sentuhan menyeluruh. Gaya dalamannya juga menyebabkan jurufoto kami bersemangat untuk terus memetik shutter kameranya.

Pemain utamanya ialah Pioneer DEH1450UB yang dikenali dalam industri sebagai pemain yang boleh diharap. Ia murah, tahan lasak dan sering menjadi pilihan bagi mereka yang gemar menggunakan pelaras sekunder.

perodua-kenari-stellar-mekanika (7)

Pemain Pioneer ini disambungkan ke pre-amp SD-7PX daripada Stellah yang merupakan unit pelaras utama membahagikan frekuensi kepada semua speaker. Pre-amp ini mengeluarkan signal yang diperkuatkan oleh dua buah power amplifire Stellar.

Sebelum itu, sebuah crossover aktif dipasangkan di antaranya untuk menapis frekuensi dengan lebih tepat lagi. Crossover tersebut ialah Stellar SD23X.

perodua-kenari-stellar-mekanika (13)

Amp Stellar SD460AB berkemampuan 4 saluran dipasang untuk memberikan kuasa secukupnya kepada  satu set coaxial dan sepasang komponen. Semua speaker ini dipasang di dalam kabin.

Inilah satu kelebihan untuk kereta dengan reka bentuk satu kotak seperti Kenari. Tanpa halangan but belakang, keluaran muzik lebih teratur dan mudah ditala,. Tambahan pula saiznya yang kompak membolehkan kurang kuasa digunakan.

perodua-kenari-stellar-mekanika (9)

Speaker komponen dipasangkan di bahagian hadapan di mana set mid 6 inci daripada moden Stellar SZ-6HZC menggantikan speaker pada panel pintu asal kereta ini.

Sepasang tweeter dipasang di atas dashboard utama menghadap sebelah pemandu. Tambahan speker coaxial dibuat pada panel belakang yang ditempatkan dalam perumah khusus.

perodua-kenari-stellar-mekanika (8)

Speaker Coaxial SD6.2X ini mengimbangi bunyi mid keseluruhan yang dihasilkan. Ia bukanlah set-up yang wajib tetapi untuk mereka yang menumpukan kepada kejelasan bunyi (clarity) ia adalah salah satu langkah yang patut dipertimbangkan.

Penyudah kepada keseluruhan sistem Kenari ini diakhiri oleh sepasang sub woofer Stellar 12 inci SD-125NPD. Ia dipasang di dalam kotak yang ditempah khas supaya muat di dalam ruang bagasi Kenari ini. Untuk memastikan sub ini mampu beraksi cemerlang, sebuah amp monoblok Stellar SD-1000DKR2 digunakan.

perodua-kenari-stellar-mekanika (11)

Susunan amp dibuat di atas papan speaker atau dalam istilah sebenarnya ‘tonneau cover’ (biasanya ada pada kereta wagon dan SUV. Papan ini dibuat semua untuk memastikannya mampu menahan kapasiti semua amp dan aksesori yang disusun di atasnya. Jangan sesekali menggunakan papan Kenari asal sebab ia nipis sangat!

Jika ideanya dijadikan skala penilaian, saya suka kereta ni. Saya pasti pemiliknya sangat gembira dengan apa yang telah dia hasilkan. Ia sebuah kereta yang diubah suai tanpa perlu berbelanja besar. Masih praktikal untuk kereta harian dan bergaya di hujung minggu.

perodua-kenari-stellar-mekanika (1)

Jadi, siapa kata hobi main audio mesti meletup-letup bunyi dan poket?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button