Buletin

VERAKAI – SUV PERTAMA ASTON MARTIN, DEBUT TAHUN 2019

Pengeluar kenderaan mewah dari Britain, Aston Martin sebelum ini pernah memperkenalkan model konsep SUV DBX.

Tetapi, berdasarkan kepada pemfailan tanda dagang baru-baru ini, Aston Martin didakwa tidak menggunakan nama DBX. Sebaliknya SUV yang dijangka menemui pengguna pada tahun 2020 itu dikenali sebagai Verakai.

Verakai meneruskan obsesi Aston Marton terhadap nama yang dimulakan dengan huruf V (Vantage, Vanquish dan Valkyrie).

Apa sebenarnya maksud Verakai? Verakai ialah perkataan Roman yang bermaksud “bila-bila masa” atau “di mana-masa sahaja”.

Sudah hampir pasti diproduksi, Verakai dikatakan tidak banyak berbeza dengan reka bentuk DBX. Walaupun mempunyai empat pintu, jentera itu tetap mengekalkan rekaan yang maskulin.

Aston Martin berharap Verakai akan menjadi model popular dan membawa keuntungan kepada syarikat. “Jika Aston Martin mahu terus hidup, ia mesti menghasilkan SUV,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Andy Palmer.

Ketika model Aston Martin yang lain gemar menggunakan enjin V-12, Verakai dijangka menggunakan enjin AMG V8 bersesaran 4.0 liter. Menurut Palmer, enjin Daimler sebagai enjin V8 terbaik di dunia pada hari ini.

Laporan sebelum ini turut menyatakan bahawa kamera akan dipasang pada tiang A dan bukannya pada cermin seperti yang biasa diamalkan oleh pengeluar kenderaan lain.

Bakal dijual di seluruh dunia pada tahun 2020, Verakai bukanlah satu-satunya model SUV daripada Aston Marton dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini kerana sub jenama Lagonda juga dijadual menghasilkan SUV sendiri dengan rangkaian kuasa hybrid atau elektrik menjelang tahun 2022.

Tags
Google ads
Back to top button