Modifikasi

PAKA TURBO GARAGE – THE KING OF KEI-CAR!

Kalau kau seorang peminat dan penggodek tegar kereta kecik khususnya Kancil, nama Lee Paka antara yang perlu kau kenal sangat. Dari habis sekolah sampai dah berkeluarga, minatnya terhadap kereta model ini sangat luar biasa, sehingga mampu mewujudkan empayarnya sendiri.

Lee ni saing-saing saya jugalah kiranya. Tapi kerana minat yang jauh mendalam, dia terlalu advance ketika zaman autoshow Majalah Kereta berada dipuncaknya.

Siapa tak kenal dengan Kancil L512 kaler ijau miliknya. Lepas tu bikin L512 itam 2-pintu. Lepas tu main Mira J 4-pintu. Lepas tu Mira L200 2-pintu. Macam-macam lagilah. Sampai dia sendiri pun lupa mana satu dia punya.

BACA: MODIFIKASI  KANCIL-MIRA L512

Sebagai seorang yang sangat obses dengan perkataan Mira, permainan jual-beli kereta model ini bukanlah sesuatu yang asing baginya. Ketika kawan-kawan sudah berganjak dengan projek kereta lain, Lee masih melekat dengan minatnya. Bukan tak pernah cuba ke arah itu. Tapi lepas pakai tak lama mana, dia kembali dengan Kancil-Miranya.

Ini kereta projek terbaru Lee, yang telah dibelinya secara tak sengaja. Asal nak tengok-tengok. Tiba-tiba angin gila dia datang, dibelinya terus memandangkan kondisinya yang masih lagi dara. Harga jangan tanyalah, dah tentu keras teruk.

Selepas selamat sampai kedai, proses modifikasi mula berjalan.

Memang bukan Lee Paka lah kalau niat nak pakai standard. Dengan salinan Mira L200S Limited sebagai sasaran, keseluruhan kereta ini telah ditogelkan dan dihantar untuk proses tukar warna. Bagi warna hijau tengok. Tu dia, manis sungguh baq ang!

BACA: KANCIL AVANZATO R

Salinan kit badan ini turut diserikan dengan beberapa aksesori pujaan. Antaranya, lips depan Cross, lampu spotlight ketam, cermin sisi kustom, spoiler J-Mode, antenna twin blade, visor pintu, moonroof, serta reflektor belakang Avanzato.

Tak cukup dengan tu, sebahagian komponen ini telah disalut dengan efek karbon, termasuk bahagian pintu, hood, fender dan skirt sisi.

Kedudukan kereta dipacak atas set suspensi jenama Tein. Rim macam biasalah, memang tak sah kalau bukan Volk Racing TE37 dari saiz 15-inci. Untuk sektor hentian pulak, keseluruhan komponen depan dan belakang telah dinaik taraf menggunakan set brek dari Mira L500.

Aura Mira tak cukup pintu ni bukan saja terletak di bahagian luar, tapi juga jajan hiasan di ruang dalam. Siapa main Kancil-Mira, mesti dah boleh hafal apa yang ada.

Nasib baik saya main Ferrari, itu pasal tak berapa familiar sangat. Yang boleh perasan ada tempat duduk Mira L200S Limited, bucket Recaro SPG merah, karpet dasar merah, tali pinggang Mira merah, meter putih TRXX, stereng Momo Drifting, songkok ekon tengah, lampu pilar, cermin tengah Tiffana, speaker satelit dan tiang gol Carrozzeria, meter tambahan Defi, serta unit RSM dan SAFC II Apex Imamura.

Mana-mana komponen boleh cabut seperti panel dashboard, trim meter, trim pintu, pillar, laci sikat, konsol gear dan lain-lain, kemudiannya di hantar untuk proses salutan karbon.

Kereta ini datang dengan enjin turbo EF-JL secara standard. Benda dah elok kata Lee, tak perlulah dibikin bagai.

Memandangkan ia tidak dibuat untuk tujuan prestasi, hanya beberapa komponen penting yang disentuh. Ada penapis udara Auto Juwell, injap pelepas HKS SSQV, juga radiator aloi Blox Engineering.

Okey sangat dah tuh. Kalau rasa tak cukup laju, kereta drag pun dia ada.

Sedar tak sedar, dah dekat setahun kereta ini dibelai rapi oleh Lee. Bila dah lama macam tu, mulalah terfikir nak buat projek lain. Menurut abam sado IM kita nih, kalau ada yang berani mari lah la datang merisik….

-PAK MAUN-

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”152″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button