Buletin

VGM LANCAR KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK

Sempena acara Volkswagen Das Event, Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah melancarkan satu kempen tanggungjawab sosial yang menyokong aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan dan di atas jalan raya.

VGM-CSR-child-safety-mekanika (7)

VGM mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memastikan keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya.

“Kami ingin mengingatkan bahawa kemalangan jalan  raya melibatkan kanak-kanak semakin meningkat. Jadi, kami bukan sekadar menawarkan ciri-ciri keselamatan inovatif pada kenderaan, malah melancarkan inisiatif pertama kami melibatkan aspek keselamatan kanak-kanak di peringkat kebangsaan,” kata Pengarah Urusan VGM, Armin Keller.

VGM-CSR-child-safety-mekanika (3)

VGM telah bekerjasama dengan PPBM untuk melaksanakan  satu modul latihan ‘keselamatan kanak-kanak’ di 280 buah pusat jagaan di seluruh negara.

Melalui kempen ini, para jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (CPS) daripada rangkaian PPBM akan melatih pengendali pusat jagaan kanak-kanak untuk mendidik sekurang-kurangnya 28,000 ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak yang betul dalam mengelak kecederaan serta kehilangan nyawa.

SONY DSC

Selain modul latihan CPS, VGM juga akan menyumbang 200 tempat duduk keselamatan kanak-kanak Volkswagen kepada PPBM.

Menurut Laporan Tahunan Keselamatan Jalan Raya 2013 yang dikeluarkan oleh Data Keselamatan Trafik Antarabangsa dan Kumpulan Analisis (IRTAD), Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jalan raya paling berbahaya di di dunia apabila merekodkan kemalangan dengan 23.8 orang maut dalam populasi seramai 100,000 orang.

SONY DSC

Tempat duduk kanak-kanak merupakan cara yang efektif dan terbukti dalam meminimumkan kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia di antara 1 dan 4 tahun, hinggalah yang berumur 8 tahun.

Kempen sosial ini dijangka mendapat sokongan daripada para pemimpin pemikir utama, serta pihak-pihak lain seperti golongan pakar dan individu-individu  berpengaruh. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button