Pandu Uji

FORD KUGA EDISI KHAS

Ford semalam menambah satu lagi model dalam rangkaian tawarannya menerusi Ford Kuga Edisi Khas.

Ford-Kuga-SE-mekanika (5)

Sudah boleh ditempah bilik-bilik pameran Ford di seluruh negara, SUV kompak tersebut ditawarkan RM168,888 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Jentera itu didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan. Antaranya termasuklah bumbung panoramik, rim aloi bersaiz 19 inci, tempat duduk dibalut kulit yang boleh dilaras secara elektrik, Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control), lampu ambien dengan LED pelbagai warna, sistem Parkir Automatik, sistem Collision Mitigation by Braking dan sistem Active Park Assist.

Ford-Kuga-SE-mekanika (4)

Didatangkan dalam warna tersendiri iaitu hijau (Ginger Ale), Kuga sememangnya satu pilihan ideal buat pemandu urban yang mahukan prestasi dan teknologi. Ford Kuga Edisi Khas menawarkan penjimatan bahan api luar biasa kerana ia menggunakan enjin 1.6L EcoBoost yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 180PS dand tork 240Nm.

Dibina dengan tahap keselamatan terbaik, Kuga telah menerima penarafan lima bintang oleh pihak Euro NCAP selepas memperoleh skor perlindungan keseluruhan sebanyak 88 peratus, markah tertinggi setakat ini untuk sebuah SUV kompak.

2014 Ford Escape

Demi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya, Ford Kuga Edisi Khas hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP). ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut melibatkan penggantian percuma untuk sejumlah barangan terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan bilah penggilap cermin. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button