Motosikal

MODEL KONSEP VICTORY COMBUSTION

Victory Motorcycles mendedahkan model konsep 1200cc pada International Motorcycle Show (IMS) di New York City.

Model-konsep-Combustion-victory-mekanika (7)

Model konsep yang dinamakan sebagai  ‘Combustion’ itu dikuasakan oleh enjin baharu yang melakukan debut pada acara EICMA di Milan. Ia dibangunkan oleh Zach Ness of Arlen Ness Motorcycles di Dublin, California.

Zach Ness yang merupakan generasi ketiga pembuat jentera kustom dan cucu kepada ‘Godfather of Customs’ Arlen Ness itu memberitahu, keluarganya mempunyai hubungan yang lama dengan Victory.

Model-konsep-Combustion-victory-mekanika (1)

“Kami juga banyak melakukan kustom pada model pengeluaran Victory.

“Kepercayaan yang diberikan oleh Victory Motorcycles untuk menghasilkan model konsep dan jentera pertama menggunakan enjin baharu adalah satu pengiktirafan yang besar,” katanya.

Model-konsep-Combustion-victory-mekanika (3)

Model konsep Combustion boleh dikatakan hasil daripada andaian rakyat Amerika Syarikat tentang potensi penampilan motor baharu.

Seperti model konsep Ignition yang didedahkan sebelum ini, Combustion menggunakan enjin sama iaitu 1200cc V Twin 60 darjah dengan sistem penyejukan cecair.

Model-konsep-Combustion-victory-mekanika (5)

Pengarah Produk Motosikal, Gary Gray berkata enjin baharu berkenaan menawarkan versatiliti dalam dunia jentera dua roda Amerika.

“Kedua-dua model konsep Ignition serta Combustion dibina bagi mempamerkan keupayaan yang berbeza dalam bentuk visual.

Model-konsep-Combustion-victory-mekanika (2)

“Walaupun ini adalah dua buah motosikal berbeza, namun rangkaian kuasanya tetap mampu menawarkan prestasi terbaik pada kedua-duanya,” kata Gray.

Produk baharu berkenaan akan melengkapkan barisan motosikal sedia yang menggunakan rekaan Freedom 106.

Model-konsep-Combustion-victory-mekanika (4)

“Jentera ini adalah terbaik, banyak kuasa dan bunyi enjin yang mengiurkan. Saya ingin membangunkan jentera yang laju dan ringan,” tambahnya. Versi  pengeluaran Combustion dijangka bermula awal 2016.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button