Buletin

MFORCE LANCAR CRUISER WMOTO BOBBIE VII. 74HP, BREK ABS, 2 PILIHAN WARNA, BERMUKA RM36K

Mforce Bike Holdings hari ini melancarkan model klasik terbaharu dari WMOTO iaitu BOBBIE VII pada majlis pembukaan rasmi Mforce Smart Shop Kajang oleh CA Cycle Advance (Kajang) Sdn. Bhd. 

Harga permulaan bagi model tersebut ialah RM35,888 seunit (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). WMOTO BOBBIE VII hadir dengan dua warna pilihan iaitu hitam matte dan hitam metalik. Jentera berkenaan sudah boleh didapati di semua pengedar sah WMOTO seluruh negara.

Model cruiser yang mengimbau gayaan klasik itu dikuasakan oleh enjin empat lejang dua silinder bersesaran 693cc. Mampu menjana kuasa maksimum 74hp pada 8,500rpm dan totk 64Nm pada 6,500rpm, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Selari dengan gayaan klasik, WMOTO BOBBIE VII hadir dengan lampu utama berbentuk bulat. Namun begitu, ia tetap dilengkapi pelbagai teknologi moden.

Antaranya ialah lampu LED di hadapan, belakang dan lampu isyarat membelok. WMOTO BOBBIE VII juga didatangkan dengan 

paparan meter digital yang memberikan anda segala informasi penting. Terdapat juga pengecas USB untuk mengecas gajet. 

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi brek ABS dua saluran. Manakala pelana yang boleh dilaras ketinggian mengikut kesesuaian penunggang diperbuat daripada bahan berkualiti. Logo BOBBIE berwarna emas diukir pada pelana pembonceng agar kelihatan lebih mewah. 

Jentera itu hadir bersama atangki minyak berkapasiti 15 liter yang membolehkan anda menunggang dengan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak.  

Setiap pembelian WMOTO BOBBIE VII didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Selain perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike.

GALERI

Google ads
Back to top button