Buletin

CITROEN AMI JENTERA POLIS PALING ‘SIPUT’ DI DUNIA?

Kepulauan di Greece merupakan antara pulau-pulau menjadi tarikan para pelancong seluruh dunia.

Bahkan, semakin popular sebagai projek kelestarian eko termasuk kenderaan elektrik.

Beberapa bulan lalu, model Volkswagen ID.3 dan ID.4 digunakan dalam program kerajaan di pulau Astypalaia.

Terbaharu, pihak berkuasa pulau Chalki yang terletak di Lautan Aegean pula mendapat ‘khidmat’ daripada jentera Citroen Ami.

Kemungkinan besar, ia merupakan jentera polis paling perlahan di dunia.

Citroen telah membekalkan sebanyak enam unit kenderaan mesra alam sekitar di pulau yang menyasarkan menjadi pulau eko pertama Greece.

Ia termasuk empat unit jentera Ami untuk pihak polis dan pengawal pantai.

Majlis perbandaran Chalki pula menerima dua unit  e-C4, e-Spacetourer dan e-Jumpy masing-masing satu unit.

Kereta mikro yang hanya mampu mencapai kelajuan maksimum 45 km/j sesuai digunakan di pulau berkenaan berikutan jalan sempit.

Ia boleh bergerak sejauh 70 km untuk sekali cas. – carscoops

Google ads
Back to top button