ORA GOOD CAT 2023 RASMI DIPERKENAL – 5 VERSI, 143HP, 401KM-501KM, BERMULA RM69K
Great Wall ORA Auto secara rasmi melancarkan ORA Funky Cat 2023 dengan harga bermula pada AS$15,600 (RM69,794). Ia digelar sebagai ORA Good Cat di China dan sebahagian Asia tetapi di Eropah, kenderaan kompak elektrik ini dipanggil ORA Funky Cat.
Dari segi penampilan luaran, ia masih mengekalkan reka bentuk bulat bersama lampu hadapan gaya retro berbentuk bujur.
Namun, sudah tentu ada perubahan dilakukan oleh Great Wall Ora Auto. Bahagian dalam kereta telah dinaik taraf dengan kemasan kulit lembut, interface type-c, pengecasan tanpa wayar dan casis lebih stabil.
ORA Good Cat 2003 dikuasakan oleh motor yang mampu menjana 143hp dan tork 210Nm. Ia juga mempunyai dua pilihan jarak gerak iaitu sejauh 401km atau 501km.
Ora Good Cat 2023 didatangkan lima versi berbeza iaitu:
- Comfort (401km)
- Luxury (401km)
- Noble (501km)
- Luxury (501km)
- Exclusive (501km)
Setiap konfigurasi itu mempunyai dua versi bateri iaitu NMC dan LFP. Harga untuk kelima-lima versi ini ialah AS$15,600 (RM69,794), AS$17,100 (RM76,496), AS$18,500 (RM82,759), AS$19,400 (RM86,785) dan AS$20,900 (RM93,496).
Great Wall Ora Auto turut mengumumkan setiap pembelian dari 20 Mac hingga 30 April 2023 akan ditawarkan diskaun tunai sebanyak AS$3,200 (RM14,315) dengan jaminan 4 tahun atau 150,000km.
- BACA: 11 SALAH FAHAM ORANG RAMAI TERHADAP KERETA ELEKTRIK.
- BACA: GWM MALAYSIA BERI KEJUTAN KEPADA PELANGGAN TERAWAL ORA GOOD CAT – HANTAR DALAM KOTAK HADIAH LUTSINAR GERGASI!
- BACA: ORA GOOD CAT RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, 400-500KM SEKALI CAJ, JAMINAN BATERI 8 TAHUN, BERMULA RM139,800 SAHAJA!
- BACA: BYD BAKAL KUASAI PASARAN GLOBAL DALAM SEGMEN EV – GOODBYE TESLA!