Buletin

VIETNAM KURANGKAN KOS PENDAFTARAN KENDERAAN UNTUK TINGKATKAN JUALAN

Kerajaan Vietnam telah meminta kementerian kewangan dan industri mempertimbangkan untuk mengurangkan yuran pendaftaran kereta termasuk melanjutkan jadual pembayaran cukai ke atas kenderaan yang dipasang di dalam negara.

Permintaan itu dibuat kerana pembuat kereta meramalkan pasaran kereta tahun ini akan merosot dari segi permintaan disebabkan faedah dikenakan terlalu tinggi.

Pakar industri turut menjangkakan prospek kereta tempatan lebih suram berbanding ketika pandemik Covid-19 dan sukar untuk mencapai angka setengah juta unit, menyamai rekod tahun lalu.

Untuk rekod, sebanyak 102,900 kenderaan dipasang di dalam negara didaftarkan pada 2020 sebelum meningkat dua kali ganda di separuh kedua tahun yang sama.

Persatuan Pengilang Automobil Vietnam (VAMA) berkata, laporan menunjukkan penurunan jualan empat bulan berturut-turut bermula Oktober lalu di mana hanya 17,314 kenderaan dijual.

Rekod jualan pada Januari turut menunjukkan penurunan sebanyak 51 peratus berbanding Disember.

Persatuan Industri Mekanikal Vietnam menyatakan bahawa situasi buruk itu turut memberi kesan kepada industri sokongan seperti mekanik, peralatan serta alat ganti kereta.

Google ads
Back to top button