Artikel Pilihan

VINFAST AKAN BAYAR PEMBELI EV RM 461 BAGI SETIAP ISU KUALITI YANG DITEMUI.

Jenama Winfast yang membuat penampilan sulung di Amerika beberapa bulan lepas dikritik hebat oleh media dan pengguna di negara Uncle Sam disebabkan rekaan kereta serta isu kualiti yang melanda menunjukkan Vinfast sebenarnya belum bersedia untuk dijual di sana

Bagi mengatasi isu ini, Vinfast menyediakan satu polisi baru yang bakal membuatkan bakal pembeli mereka menarik nafas lega. Vinfast akan membayar sebanyak RM 461 (100USD) bagi setiap isu kualiti yang ditermui oleh pembeli mereka pada produk mereka.

Malah Vinfast juga akan membayar sehingga RM 1384 bagi setiap kerosakan (breakdown) yang dihadapi oleh pembeli sehingga menyebabkan kenderaan mereka gagal beroperasi. Duit ini adalah jaminan tambah selain daripada bantuan penundaan percuma yang ditawarkan oleh Vinfast

Sekiranya selepas ditunda ke 3S dan kereta Vinfast gagal untuk diperbaiki dalam tempoh 3 hari, pemilik akan menerima bayaran gantirugi tambahan sebanyak RM 461 setiap hari bermula pada hari ke 4 kenderaan Vinfast tersadai di bengkel. Tapi kalau dah siap repair dan anda tak datang ambil kereta, tiada bayaran akan dibuat

Vinfast juga berhak membayar atau menolak untuk membayar kepada pelanggan wang tadi bergantung kepada isu teknikal yang terlibat. Bayaran akan dibuat menerusi bayaran pemindahan tunai menerusi akaun bank atau diskaun baucer servis

Vinfast akan menolak atau tidak membayar pelanggan yang dengan sengaja menaiktaraf perkakasan kenderaan, terlibat dalam kemalangan, kerosakan akibat kecuaian, serta tidak digunakan atau diselenggara mengikut saranan pengeluar

Polisi ini bermula di Amerika

The automaker also clarifies that this is a short-term warranty policy that can end at any time with seven days notice. The policy will be available as of June 15 in the U.S. Vietnam, and Canada. Once it starts delivering vehicles in Europe, the policy will also be available there

Google ads
Back to top button