VINFAST VF e34 MUNCUL DI MALAYSIA – BAKAL DILANCARKAN TAK LAMA LAGI?
Setelah muncul di Indonesia serta Thailand baru-baru ini di Bangkok International Motor Show (BIMS), VinFast kini mengembangkan lagi jenamanya dan dijangka bakal memasuki pasaran tempatan tak lama lagi.
Menerusi laporan Paultan, VinFast bakal membawa masuk model VF e34, di mana model tersebut baru-baru ini telah muncul di jalan raya tanpa balutan penyamaran serta menggunakan trade plate.
Dari segi dimensi, VF e34 mempunyai ukuran 4,300mm panjang, 1,793mm lebar, 1,613mm tinggi dan jarak rodanya 2,611mm.
Ciri-ciri terdapat pada VF e34 adalah termasuk rim aloi 18-inci, ruang but 290 liter, 6 beg udara, tempat duduk kulit kulit, paparan infotainment 10-inci, gugusan instrumen digital 7-inci, sistem audio 6 pembesar suara dan sambungan aplikasi mudah alih.
Di Indonesia, model ini dilengkapi motor elektrik hadapan, menghasilkan 148hp dan tork 242Nm serta dijana melalui bateri lithium-ion berkapasiti 42kWh, menawarkan jarak gerak sehingga 318km mengikut standard NEDC.
Untuk pengecasan, ia boleh dicas melalui pengecasan pantas DC 250kW dengan keupayaan mengecas dari 10-70 peratus dalam tempoh 27 minit.
Beralih pada harga, VF e34 diberi tanda harga 830 juta dong atau sekitar RM156K atau 710 juta dong RM133K berserta langganan bateri.
Pada harga antara RM135k hingga RM158k, VF e34 dijangka bakal memberi saingan kepada model sedia ada di pasaran Malaysia seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, atau MG ZS EV. – Paultan / SoyaCincau